Terdapat 1496 berita berdasarkan kata kunci carian " mas"

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Mendatar Dalam Julat 1,680-1,710 Mata Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani & Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka bergerak mendatar dalam julat 1,680 hingga 1,710 mata minggu depan, dengan potensi pemulihan teknikal sekiranya sentimen risiko global kembali stabil.

Anwar Tiba Di New Delhi Untuk Hadiri Sidang Kemuncak BRICS

Daripada M. Saraswathi

NEW DELHI, 11 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 yang dihoskan oleh Perdana Menteri India Narendra Modi.

Duopharma Biotech Sahkan Serangan Siber Terhadap Infrastruktur IT

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Duopharma Biotech Bhd menjadi mangsa serangan siber yang melibatkan akses tanpa kebenaran ke dalam infrastruktur teknologi maklumat (IT) syarikat.

PTT Synergy Beli Tanah Pegangan Bebas Di Pulau Pinang RM62.53 Juta

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- PTT Synergy Group Bhd (PTT) menerusi anak syarikat milik penuhnya, PTT Logistics Hub 3 Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli (SPA) dengan Lee Mooi Khean bagi memperoleh tanah pegangan bebas di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, bernilai RM62.53 juta.

Lonjakan Penggunaan Perkhidmatan Kesihatan Tingkat Inflasi Tuntutan Perubatan - LIAM

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Peningkatan penggunaan perkhidmatan kesihatan kini menjadi antara penyumbang utama kepada inflasi tuntutan perubatan di Malaysia, menurut Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Kebanyakan Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama, bagaimanapun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Besar-besaran Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani & Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat dalam keadaan satu lagi gelombang jualan di pasaran serantau disebabkan harga minyak mentah yang kekal tinggi terus menjejaskan sentimen pasaran, menurut penganalisis.

Mondelez International Umum Pelaburan RM90 Juta Dalam Crumb Tower, Perkukuh Komitmen Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Mondelēz International merasmikan Crumb Tower bernilai RM90 juta yang kini siap sepenuhnya di kilang Cadbury Confectionery, Shah Alam, Selangor.

Rakuten Trade Kekalkan Sasaran FBM KLCI 1,770 Pada Akhir 2026, Belanjawan 2027 Jadi Penentu

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd mengekalkan sasaran indeks FBM KLCI iaitu penunjuk utama Bursa Malaysia bagi akhir 2026 pada 1,770, didorong oleh kebolehlihatan perolehan lebih jelas daripada perbelanjaan Malaysia ke atas sektor tenaga dan infrastruktur grid.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, didorong oleh tekanan jualan berterusan di kebanyakan kaunter saham wajaran tinggi selaras dengan prestasi serantau yang lemah dalam lonjakan harga minyak berikutan ketegangan berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Rosemarie Khoo & Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring dengan penurunan berterusan di Wall Street didorong oleh konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran yang berpanjangan dan harga minyak mentah yang tinggi memberi impak kepada sentimen, kata penganalisis.

JAN Buka Kaunter Meja Bantuan, Bantu Syarikat Selesaikan e-SelfAudit Tahun 2026

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Jabatan Audit Negara (JAN) akan membuka kaunter meja bantuan di ibu pejabat dan JAN negeri bagi membantu syarikat kerajaan menyelesaikan penilaian Sistem e-SelfAudit.