21hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- SkyGate NHJ Technology Sdn Bhd memperluas kapasiti pembuatan berteknologi tinggi di Malaysia menerusi pembukaan kemudahan baharunya di Zon Perindustrian Bebas Perai, Pulau Pinang.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Malaysia Airlines akan menyambung semula penerbangan ke Busan mulai 2 Disember, 2026, menghubungkan semula Kuala Lumpur dengan bandar kedua terbesar di Korea Selatan itu selepas kali terakhir menawarkan laluan berkenaan antara tahun 1996 dan 1998.
21hari ago
BUTTERWORTH, 4 Sept (Bernama) -- SkyGate NHJ Technology Sdn Bhd merancang untuk melabur sejumlah US$30 juta (US$1=RM4.03) bagi membangunkan kemudahan pembuatan pintar di Pulau Pinang dengan pelaburan dilaksanakan dalam dua fasa.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) menjangkakan berdepan tekanan ketara terhadap prestasi kewangannya bagi tahun kewangan 2026 berikutan kenaikan berterusan harga bahan api.
21hari ago
Daripada Samantha Tan Chiew Tieng
GUANGZHOU, 4 Sept (Bernama) -- Gergasi tenaga bersih China, Mingyang Smart Energy Group Co Ltd, menyasar untuk memperluas penglibatannya di Malaysia dalam tenaga angin luar pesisir, solar, sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) dan hidrogen, sejajar dengan aspirasi negara di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
21hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Penyelidikan beberapa bank pelaburan menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras semasa 2.75 peratus menerusi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang dijadualkan pada November depan.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Kluster industri digital Guizhou kini mencapai skala 300 bilion yuan (kira-kira RM180 bilion), manakala kapasiti pengkomputeran wilayah di barat daya China itu melepasi 176 EFLOPS.
21hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat ketika pelabur mengambil untung selepas kenaikan selama dua hari berturut-turut walaupun pasaran secara meluas kekal disokong sentimen positif serta kenaikan semalaman Wall Street.
22hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis menjejaki penurunan niaga hadapan minyak soya, kata seorang peniaga.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Haier Malaysia hari ini memperkenalkan Horizon Collection, rangkaian peti sejuk multipintu baharu yang menampilkan teknologi kesegaran canggih untuk membantu isi rumah Malaysia menyimpan makanan kekal segar lebih lama serta mengurangkan pembaziran makanan.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Xiaomi Malaysia memperluas rangkaian produk kecerdasan buatan pelbagai benda (AIoT) dengan memperkenal lima perkakas rumah pintar baharu bersama peranti boleh pakai terbaharunya, Xiaomi Smart Band 11 Active.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Xiaomi Corporation hari ini telah melancarkan REDMI Note 17 Series di Malaysia, terdiri daripada empat model baharu termasuk varian Pro Max yang pertama, di samping barisan terkini peranti boleh pakai pintar.