3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Tinjauan operasi dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kekal berdaya tahan dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang, walaupun bacaan Indeks Sentimen PKS (SSI) yang lebih lemah pada separuh pertama 2026 (S1 2026).
3bulan ago
KUALA LUMPUR,16 Jun (Bernama) -- Affin Hwang Investment Bank Bhd menjangkakan pasaran ekuiti Malaysia akan pulih pada separuh kedua 2026, dipacu oleh harapan terhadap perjanjian damai Amerika Syarikat (AS)-Iran.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Kedudukan fiskal ASEAN+3 secara umumnya kekal berdaya tahan pada suku pertama 2026, walaupun terdapat tekanan perbelanjaan yang muncul dan keadaan pembiayaan lebih ketat susulan konflik Asia Barat semakin memuncak.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Keputusan AT&S untuk memperluas operasinya di Kulim, Kedah melalui pelaburan baharu sehingga €2 bilion (€1 = RM4.69) akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan teknologi berimpak tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Platform yang memupuk inovasi, keterangkuman dan pertumbuhan mampan, seperti TikTok, menyokong usaha Malaysia dalam membangunkan masyarakat dipacu secara digital, menurut Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih tinggi, menjejaki lonjakan kukuh Wall Street semalaman.
3bulan ago
PUTRAJAYA, 16 Jun (Bernama) -- Sektor pelancongan domestik Malaysia merekodkan pertumbuhan yang memberangsangkan pada 2025 dengan jumlah perbelanjaan pelawat domestik meningkat 13.6 peratus kepada RM121.3 bilion berbanding RM106.7 bilion pada 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Pemindahan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ke bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) membuka peluang luas bagi agensi tersebut merealisasikan agenda Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35), kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah di Bursa Malaysia Derivatives pada Selasa, seiring dengan prestasi kadar asas pasaran tunai.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan pasaran pada sesi sebelumnya, sekali gus memberi tekanan kepada indeks penanda aras.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) akan mengekalkan kadar faedah dalam persekitaran kebimbangan inflasi yang semakin reda serta penurunan hasil Perbendaharaan AS.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan IJM Land Bhd telah melancarkan THE LINQUE, pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang disepadukan bersama Stesen MRT Cochrane, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) lebih kurang RM600 juta.