BERITA TERKINI   Aireen Omar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah AI Malaysia Bhd - Kementerian Digital | Jemaah Menteri luluskan secara prinsip pertambahan nisbah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak selaras dengan MA63 - PM Anwar | Jemaah Menteri luluskan secara prinsip pertambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak selaras dengan MA63 - PM Anwar | Pengumuman jumlah bayaran interim untuk Sarawak pada Sambutan Hari Malaysia di Kuching, 16 Sept - PM Anwar | MA63 perlu dijadikan polisi, komitmen dan naratif peringkat nasional - PM Anwar | 

Terdapat 290 berita berdasarkan kata kunci carian " sistem"

Malaysia Perlu Momentum Pembaharuan Baharu Perkukuh Fiskal, Lonjak Produktiviti - OECD

PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) -- Malaysia memerlukan momentum pembaharuan baharu untuk memperkukuh kemampanan fiskal, melonjakkan produktiviti dan menambah baik pendidikan bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang teguh dan berdaya tahan, menurut Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Malaysia Kian Hampiri Ambang Negara Berpendapatan Tinggi Bank Dunia – Akmal Nasrullah

PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) -- Malaysia kini hanya 7.1 peratus di bawah ambang negara berpendapatan tinggi yang ditetapkan Bank Dunia susulan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Sasaran Harga Minimum Getah RM5 Sekilogram Menjelang Akhir 2027 - Ahmad Zahid

SEREMBAN, 28 Julai (Bernama) -- Harga minimum getah disasarkan mencecah RM5 sekilogram menjelang akhir 2027 dalam usaha meningkatkan pendapatan dan taraf hidup lebih 500,000 pekebun kecil getah di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Malaysia Utamakan Gaji Lebih Tinggi Sebelum Luaskan Asas Cukai - Akmal Nasrullah

PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) -- Keutamaan segera Malaysia pada masa ini adalah meningkatkan pendapatan rakyat dan mengatasi isu gaji struktur sebelum meluaskan asas cukai, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Rangka Kerja BNM Perlu Berkembang Daripada Bersifat Preskriptif Kepada Kolaboratif - Bekas Timbalan Gabenor

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Rangka kerja penyeliaan Bank Negara Malaysia (BNM) perlu lebih bersifat kolaboratif dan perundingan dengan industri kewangan, termasuk penggunaan sandbox pengawalseliaan yang lebih meluas, kata bekas Timbalan Gabenor BNM Datuk Ooi Sang Kuang. 

Sime Darby Property Buat Program Sukuk Hijau Pusat Data RM2.6 Bilion

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Platform New Economy Venture (NEV) Sime Darby Property Bhd, Sime Darby Property NEV (Holdings) Sdn Bhd (SDP NEV) telah melaksanakan program sukuk RM2.6 bilion untuk membiayai pembangunan pusat data bina pajakan selain beberapa aset logistik dan industri.

Pertumbuhan Malaysia Pada 2026 Dijangka Pada Julat Atas Empat hingga Lima Peratus - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Malaysia masih berada pada landasan yang tepat untuk mencatatkan pertumbuhan antara empat hingga lima peratus pada 2026 dengan inflasi yang kekal terurus meskipun terdapat kejutan bekalan tenaga, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Malaysia Perlu Bangunkan Tenaga Kerja Masa Depan, Manfaatkan Kebangkitan Ekonomi Asia

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Malaysia perlu memanfaatkan kelebihan sendiri untuk menjadi pengeluar teknologi kompetitf global serta pada masa sama menyediakan tenaga kerja sedia masa depan demi menjana faedah daripada kebangkitan ekonomi Asia, kata Pengasas Bersama Strategic Intelligence Prof Henrik von Scheel.

Kementerian Ekonomi Catat Prestasi Perbelanjaan Pembangunan Keempat Terbaik Dalam Kalangan Kementerian

PUTRAJAYA, 27 Julai (Bernama) -- Kementerian Ekonomi mencatatkan prestasi perbelanjaan pembangunan keempat terbaik dalam kalangan kementerian setakat 21 Julai selepas membelanjakan RM1.214 bilion atau 57.42 peratus daripada peruntukan pembangunan asal sebanyak RM2.115 bilion bagi 2026.

SBM Offshore Perkukuh Peranan Malaysia Dalam Projek Tenaga Luar Pesisir Global

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam rantaian nilai tenaga luar pesisir global apabila pasukan kejuruteraan dan teknikal tempatan kini diberi tanggungjawab yang semakin kompleks dalam pelaksanaan projek di peringkat antarabangsa.

Malaysia Kekal Pasaran Utama Scoot Susulan Permintaan Perjalanan Udara Kukuh

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) – Malaysia kekal sebagai pasaran utama bagi Scoot, syarikat penerbangan tambang murah di bawah Kumpulan Singapore Airlines (SIA), didorong oleh permintaan berterusan bagi perjalanan percutian dan perniagaan.

Petros Teruskan Pembangunan Medan Minyak AKW, Bekal Gas Loji Janakuasa CCGT Miri

KUCHING, 24 Julai (Bernama) -- Projek Adong Kechil West (AKW) oleh Petroleum Sarawak Bhd (Petros) yang seterusnya akan menumpukan kepada pembangunan kemudahan pengeluaran dan infrastruktur untuk membekalkan gas ke loji janakuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT) Miri, yang disasarkan beroperasi menjelang akhir 2027.