1bulan ago
BANGI, 30 Jun (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengunjurkan harga purata minyak sawit mentah (MSM) kekal kukuh di antara RM4,000 dan RM4,300 setiap tan bagi tahun ini, disokong oleh harga semasa petroleum global.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup kukuh berbanding mata wang utama dan serantau hari ini, disokong oleh penurunan harga minyak mentah yang membantu meningkatkan sentimen risiko dalam persekitaran rundingan damai Amerika Syarikat (AS)-Iran yang berterusan.
1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, didorong oleh niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan terus memantau penurunan harga minyak dunia dan memastikan aliran penurunan itu diterjemahkan kepada harga barangan yang lebih rendah untuk pengguna, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan mata wang tempatan terus mendapat sokongan yang baik daripada harga minyak mentah yang rendah.
1bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dengan kecenderungan menurun minggu depan, terkesan oleh harga minyak mentah lebih rendah dan stok minyak sawit yang banyak.
1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM4.09 hingga RM4.11 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan ketika pelabur menunggu pengumuman data-data ekonomi penting di negara maju berkenaan, kata penganalisis.
1bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan, terjejas oleh harga minyak mentah yang lebih rendah dan keadaan bekalan yang mengukuh, kata pakar industri Denis Low.
1bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives menamatkan penurunan tiga hari berturut-turut untuk ditutup kebanyakannya lebih tinggi pada Jumaat, disokong oleh anggaran eksport yang lebih kukuh, mengimbangi tekanan daripada harga minyak mentah yang lebih lemah.
1bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur susut ketika mengakhiri dagangan minggu ini pada Jumaat yang juga prestasi bagi hari keempat berturut-turut, menjejaki kerugian dialami pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat susulan data ekonomi AS yang lebih kukuh daripada jangkaan mengukuhkan mata wang negara itu.
1bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah untuk dagangan hari ketiga berturut-turut, dipengaruhi oleh penurunan harga minyak mentah.