28hari ago
IPOH, 28 Ogos (Bernama) -- Pembangunan Urban Forest bernilai kira-kira lebih RM1 bilion di Tambun di sini, dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Perak apabila projek seluas 84 ekar itu siap dalam masa tiga tahun.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Malaysia mencatat RM218.5 bilion pelaburan diluluskan pada separuh pertama 2026, meningkat 11.7 peratus berbanding RM195.5 bilion dalam tempoh sama tahun lepas, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
28hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Rangka kerja Status BioNexus yang dipertingkatkan mampu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai platform kepada syarikat bioteknologi yang sedang berkembang dengan meluaskan sokongan dan bertindak balas terhadap keperluan industri yang semakin berkembang.
29hari ago
GUIYANG, China, 28 Ogos (Bernama) -- Usaha Malaysia mempergiat penerapan kecerdasan buatan (AI) perlu berteraskan pemerkasaan manusia dan pemeliharaan maruah insan, khususnya dalam sektor pendidikan dan penjagaan kesihatan, kata Senator Datuk Seri Prof Dr Noor Inayah Yaakub.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Aset rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$132.07 bilion (US$1 = RM4.02), manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$368.50 juta setakat akhir Julai 2026, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
29hari ago
Oleh Ng Che Yean
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Penyelesaian pengecasan pintar dari China untuk kenderaan elektrik (EV) baharu semakin mendapat tempat di Malaysia memandangkan pasaran EV Malaysia dijangka berkembang pesat dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih MISC Bhd meningkat lebih dua kali ganda kepada RM1.15 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM464.40 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
30hari ago
KUANTAN, 27 Ogos (Bernama) -- Program Hari Eksport Pahang 2026 yang dijadual berlangsung pada 7 Sept depan bakal menjadi landasan terbaik bagi syarikat tempatan untuk memperluas penglibatan ke peringkat global sekali gus melonjakkan kedudukan Pahang dalam peta perdagangan antarabangsa.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Prospek bekalan untuk industri peranti perubatan kekal stabil dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik ketika ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Sekumpulan pelajar pascasiswazah dari tanah besar China di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil inisiatif memperkasa murid berkeperluan khas melalui kemahiran vokasional yang berpotensi membantu mereka mendapatkan pekerjaan dan meningkatkan taraf ekonomi selepas tamat persekolahan.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- IJM Corporation Bhd telah mengumumkan pelantikan semula pengarah bukan eksekutifnya Datuk Lee Teck Yuen sebagai pengerusi bukan eksekutif baharu, berkuat kuasa 27 Ogos 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kalangan pengeluar komponen automotif tempatan, terutama pengilang bahagian kritikal, digesa menceburi sempadan teknologi maju seterusnya dengan meneroka peluang dalam bidang robot humanoid.