BERITA TERKINI   Nahas FDS: Helikopter miliki CoA sah hingga 4 Ogos 2027, sijil pendaftaran hingga 28 Julai 2029 - CAAM | Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) jalankan siasatan bebas, kenal pasti punca nahas helikopter FDS - CEO CAAM | Indeks Harga Rumah Malaysia pada separuh pertama 2026 dicatatkan pada 234.7 mata, purata harga RM506,317 seunit - Amir Hamzah | 27,832 unit kediaman baharu telah dilancar dengan prestasi jualan 16.6 peratus pada separuh pertama 2026 - Amir Hamzah | Pasaran harta tanah kekal berdaya tahan dengan 187,320 transaksi bernilai RM105.12 bilion pada separuh pertama 2026 - Amir Hamzah | 

Terdapat 665 berita berdasarkan kata kunci carian "rm1"

Bursa Malaysia Kekal Mendatar Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal mendatar pada tengah hari ini berikutan pelabur terus berhati-hati dalam musim pelaporan prestasi kewangan dengan memantau pencapaian pendapatan, trend kualiti aset dan prospek korporat.

Utiliti, Pengangkutan, Penjagaan Kesihatan Catat Aliran Masuk Bersih RM230.2 Juta - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Sektor utiliti, pengangkutan dan logistik, serta penjagaan kesihatan menarik jumlah keseluruhan aliran masuk bersih asing sebanyak RM230.2 juta ke Bursa Malaysia pada minggu lalu, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Permintaan Domestik Berdaya Tahan

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan walaupun dagangan dijangka kekal berhati-hati berikutan musim pelaporan pendapatan yang menyebabkan pelabur lebih memilih dalam membuat pelaburan, kata penganalisis.

Sukuk RM11.5 Bilion TH Bukan 'Bailout' Baharu - Nungsari

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Sukuk bernilai RM11.5 bilion yang diterbitkan oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) merupakan pembaharuan sukuk yang telah matang daripada langkah penyelamatan kewangan (bailout) Tabung Haji (TH) sebelum ini dan bukan yang baharu, kata ahli ekonomi Dr Nungsari Ahmad Radhi.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat minggu depan, dengan indeks petunjuk pasaran dijangka berada dalam julat 1,725 hingga 1,750 mata, kata penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Kekal Tinggi Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik minggu depan, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap cuaca dan program biodiesel B50 Indonesia.

Misi Eksport MATRADE Ke Kemboja Atasi Sasaran Awal, Jana Jualan RM186 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berjaya mencatatkan jualan bernilai RM186 juta menerusi program Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Kemboja, sekali gus mengatasi sasaran awal RM100 juta.

Maybank Dan SMF Bekerjasama Pacu Pertumbuhan Pembuatan Merentasi JS-SEZ, ASEAN

JOHOR BAHRU, 21 Ogos (Bernama) -- Maybank dan Persekutuan Pengilangan Singapura (SMF) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meluaskan akses ke Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan menyokong pembangunannya sebagai cadangan yang saling menguntungkan bagi kedua-dua negara serta rantau ASEAN yang lebih luas.

SME Malaysia Seru Belanjawan 2027 Yang Mengutamakan Ke Arah Hasil Yang Boleh Diukur

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Persatuan PKS Malaysia (SME Malaysia) menggesa Belanjawan 2027 memberi tumpuan kepada hasil yang boleh diukur, bukan sekadar pemberian, pembiayaan dan insentif, dengan kejayaan dinilai semata-mata melalui produktiviti, pelaburan, pertumbuhan dan daya saing.

Jumlah Perdagangan Malaysia Melonjak 24.7 Peratus Kepada RM2.16 Trilion - MATRADE

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia mencecah RM2.16 trilion bagi tempoh Januari-Julai 2026, melonjak 24.7 peratus tahun ke tahun, didorong oleh permintaan eksport yang kukuh, demikian menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Untung Bersih MNRB Meningkat Kepada RM183.75 Juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2027

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih MNRB Holdings Bhd meningkat kepada RM183.75 juta pada suku pertama berakhir 30 Jun 2026 daripada RM168.43 juta pada suku pertama 2026 berikutan sumbangan yang lebih baik daripada perniagaan insurans semula, takaful keluarga dan takaful semula.

Untung Bersih Allianz Malaysia Naik Kepada RM218.65 Juta Suku Kedua Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Allianz Malaysia Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2026 meningkat kepada RM218.65 juta daripada RM214.04 juta pada suku yang sama tahun lepas.