2bulan ago
KEMAMAN, 21 Julai (Bernama) -- EPIC Berhad menjangkakan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) khususnya pembinaan jajaran ke Pelabuhan Kemaman di sini akan menjadi pemangkin utama pertumbuhan syarikat dengan sasaran hasil mencecah RM700 juta menjelang 2030.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan lebih tinggi pada Selasa berikutan aliran masuk semula dana asing dijangka terus menyokong pemulihan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) di bawah DRB-HICOM Bhd (DRB-HICOM) akan melaksanakan pelan transformasi bagi mengurangkan kerugiannya, antaranya dengan memberi tumpuan kepada rasionalisasi rangkaian, pengembangan saluran digital dan pengurusan berhemat.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS namun kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain pada Selasa, disokong data ekonomi Malaysia yang kukuh, sekali gus membantu mengurangkan impak ketidaktentuan pasaran global yang semakin meningkat.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan meneruskan usaha menggalakkan aliran dana dua hala dan memperkukuh pasaran kewangan dalam pesisir Malaysia melalui liberalisasi rangka kerja dasar pertukaran asing (FEP) yang berhati-hati.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kerajaan menegaskan penjimatan yang terhasil daripada penyasaran subsidi petrol RON95 tidak disimpan semata-mata sebagai lebihan fiskal, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
2bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki kenaikan dalam harga minyak kacang soya dan minyak mentah, di tengah-tengah ketegangan baharu di Asia Barat, menurut seorang peniaga.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring kenaikan harga emas di Bursa Komoditi (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
2bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh data ekonomi Malaysia yang kukuh, yang meningkatkan keyakinan terhadap asas ekonomi negara.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi perbankan mempengaruhi penanda aras itu walaupun sentimen di seluruh pasaran kekal positif.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menaikkan unjuran pertumbuhan eksport Malaysia 2026 kepada sebanyak 21.7 peratus daripada 15.3 peratus sebelum ini, dipacu prestasi eksport 2026 setakat ini yang lebih kukuh berbanding jangkaan, apabila berkembang 27.5 peratus.