BERITA TERKINI   RCI TH: Bekas menteri akan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan Isnin depan - KP SPRM | FELDA: SPRM akan rakam keterangan bekas pengerusi di penjara dalam masa terdekat - KP SPRM | RCI TH: Tiada pemimpin UMNO bakal dipanggil SPRM pada minggu hadapan - KP SPRM | Isu baja: SPRM rakam keterangan 13 saksi, bakal panggil KSU atau menteri untuk lengkapkan siasatan - KP SPRM | KKM akan berbincang dengan ATM bagi meneroka penggunaan asetnya untuk pemindahan pesakit kecemasan - Dzulkefly | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin.

Kontrak Julai 2026 susut 12 mata kepada 1,725.5 mata, manakala kontrak Ogos 2026 turun 10.5 mata kepada 1,726.5 mata.

Kontrak September 2026 dan Disember 2026 masing-masing merosot 11 mata kepada 1,705 mata dan 1,707.5 mata.

Ad Banner

Jumlah dagangan berkurangan kepada 6,878 lot berbanding 7,348 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka susut sedikit kepada 47,482 kontrak daripada 47,501 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 9.16 mata atau 0.52 peratus kepada 1,722.29 mata berbanding paras penutup Jumaat lepas iaitu 1,731.45 mata.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner