BERITA TERKINI   MBPP arah henti kerja serta merta projek bina kondominium dan jalan di lokasi tanah runtuh di Paya Terubong, Pulau Pinang | Seorang lelaki maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Paya Terubong, Pulau Pinang pagi ini - Bomba | 

Terdapat 117 berita berdasarkan kata kunci carian "keyakinan"

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Prestasi Positif Di Wall Street, OPR Stabil

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis seiring dengan prestasi positif di Wall Street selain sentimen turut disokong oleh keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Keputusan BNM Kekal OPR 2.75 Peratus Bukti Keyakinan Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Negara

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus hari ini mencerminkan keyakinan bank pusat itu terhadap keupayaan ekonomi Malaysia untuk mengekalkan pertumbuhan yang aktif pada 2026, menurut ahli ekonomi.

Malaysia Perlu Peralihan Tenaga Terancang, Ambil Kira Realiti Semasa Dan Aspirasi Jangka Panjang - Menteri

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu melaksanakan peralihan tenaga secara terancang bagi menyeimbangkan realiti semasa dengan aspirasi jangka panjang negara, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

MIGJA Harap Belanjawan 2027 Kekalkan Pengecualian Cukai Barang Kemas Emas

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Persatuan Tukang Emas dan Barang Kemas India Malaysia (MIGJA) berharap Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada bulan depan, terus mengekalkan pengecualian cukai ke atas barang kemas emas bagi mempertahankan daya saing industri.

Cadangan Kumpul US$1 Bilion Bagi Biayai Semula Hutang, Perkukuh Lembaran Imbangan -- AirAsia

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- AirAsia Group Bhd menjelaskan cadangan pengumpulan dana sehingga US$1 bilion (US$1=RM4.04) daripada pasaran hutang antarabangsa dan RM700 juta dalam kredit tempatan, bertujuan bagi penyusunan atau pembiayaan semula hutang selain penyatuan lembaran imbangan.

Petronas Sasar Kekalkan Pengeluaran Pada Dua Juta Tong Setara Minyak Sehari Hingga 2028

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menyasarkan untuk mengekalkan pengeluaran minyak dan gas Malaysia pada kadar dua juta tong setara minyak sehari (mmboe/d) hingga 2028.

Sukuk Jangka Pendek IILM US$1.353 Bilion Terlebih Langgan 2.43 Kali

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) hari ini mengumumkan penerbitan semula sukuk jangka pendek bernilai US$1.353 bilion (US$1=RM4.03), menarik permintaan kukuh dan pelbagai daripada pelabur di seluruh rangkaian institusi kewangan Islamnya.

Perdagangan Malaysia-Jepun Naik 11.8 Peratus Kepada US$23.3 Bilion Pada Jan-Julai 2026 - Johari

KUALA LUMPUR, 1 Sept  (Bernama) -- Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Jepun meningkat 11.8 peratus kepada US$23.3 bilion (US$1=RM4.03) bagi tempoh tujuh bulan pertama 2026 berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Malaysia Catat RM218.5 Bilion Pelaburan Diluluskan Pada Separuh Pertama 2026 – MIDA

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Malaysia mencatat RM218.5 bilion pelaburan diluluskan pada separuh pertama 2026, meningkat 11.7 peratus berbanding RM195.5 bilion dalam tempoh sama tahun lepas, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).