BERITA TERKINI   Komitmen pelaburan tambahan USD15 bilion oleh Google di Malaysia merupakan pencapaian bersejarah dalam usaha transformasi digital negara - PM Anwar | Kanak-kanak termasuk murid Orang Asli perlu diperkasakan dengan kemahiran menguasai AI berlandaskan pemikiran kritis, bukannya bergantung sepenuhnya pada teknologi - PM Anwar  | Unit Sunway Construction memperoleh pelbagai kontrak kerja bernilai RM920.8 juta daripada sebuah syarikat teknologi multinasional Amerika Syarikat | Google akan bina takungan air dan loji rawatan berkapasiti 65 juta liter sehari di Selangor - Anwar | Malaysia perlu memastikan manfaat AI tidak hanya menguntungkan golongan elit, manakala sebahagian besar masyarakat terus ketinggalan - Anwar | 

Terdapat 53 berita berdasarkan kata kunci carian "singapura"

IOI Corp Yakin Harungi Cabaran Besar Dalam Pematuhan EUDR, Sasar Premium Jualan Ke Eropah

PUTRAJAYA, 4 Nov (Bernama) --  Pematuhan terhadap Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR) dijangka tidak menimbulkan cabaran besar kepada IOI Corporation Bhd memandangkan syarikat itu mempunyai pengalaman luas dalam membekalkan produk minyak sawit yang diperakui. 

Matlamat Projek Jelas, Kesediaan Pelaburan Pemangkin Hubungan Tenaga Serantau - TNB

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Kejelasan matlamat projek, kesediaan pelaburan dan daya maju komersial menjadi pemangkin dalam merealisasikan potensi tenaga boleh baharu ASEAN menerusi pembangunan hubungan bekalan elektrik rentas sempadan yang mampan, menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal berwaspada menjelang keputusan pilihan raya pertengahan penggal AS selain mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) esok, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah berbanding Dolar AS Susulan Penarikan Balik Pelaburan Dalam AI

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Selasa susulan penarikan balik dalam perdagangan berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan pelaburan.

TNB Percepat Pemodenan Grid, Tampung Permintaan Semasa Dan Akan Datang - Ketua Pegawai Eksekutif

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) – Tenaga Nasional Bhd (TNB) meningkatkan pelaburan dalam infrastruktur grid dan mempercepat pemodenan rangkaiannya bagi mengukuhkan sistem bekalan elektrik Malaysia, meningkatkan integrasi tenaga boleh baharu serta menampung permintaan pada masa depan.

IOIPG Sasar Penyenaraian Sekunder Di Bursa Singapura Pada Awal 2027

PUTRAJAYA, 3 Nov (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd (IOIPG) menyasarkan penyenaraian sekunder di Bursa Singapura (SGX) pada awal 2027, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Lee Yeow Seng.

TERAJU Lulus Pembiayaan RM101.43 Juta Kepada 186 Usahawan Bumiputera Johor

JOHOR BAHRU, 3 Nov (Bernama) -- Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) meluluskan pembiayaan berjumlah RM101.43 juta kepada 186 perusahaan bumiputera di Johor, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Junady Nawawi.

TERAJU Lonjak Industri Ternakan Ikan Kelah, Jana Ekonomi Bernilai Tinggi - Akmal Nasrullah

JOHOR BAHRU, 3 Nov (Bernama) -- Inisiatif pemerkasaan industri ternakan kelah bernilai tinggi di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) terbukti berkesan dalam merintis rantaian ekosistem akuakultur air tawar negara yang mampan, berdaya saing serta menawarkan potensi pendapatan lumayan.

Ringgit Dibuka Tinggi Didorong Harapan Kemajuan Rundingan AS-Iran

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa didorong oleh tanda-tanda kemajuan dalam rundingan diplomatik antara Washington dan Tehran.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Prospek Data Ekonomi AS Lebih Kukuh

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) --  Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin apabila prospek data ekonomi Amerika Syarikat yang positif memberikan sokongan kepada mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, pulih daripada penyusutan awal untuk kekal melepasi paras 1,600 mata, disokong aktiviti pembelian terpilih pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi sektor telekomunikasi dan berkaitan komoditi walaupun saham teknologi terus menyusut.

JS-SEZ Luluskan Pelaburan Cecah RM88.83 Bilion, 45 Peratus Direalisasikan

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 2 Nov (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) mencatatkan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM88.83 bilion antara Januari 2025 dan Jun 2026, dengan potensi mewujudkan 28,755 peluang pekerjaan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.