Terdapat 187 berita berdasarkan kata kunci carian "iran"

MATRADE Intai Pasaran Eksport Baharu Di Afrika, Amerika Latin, Asia Tengah

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sedang mempelbagaikan pasaran eksport negara ke wilayah baharu dengan memberi tumpuan kepada rantau Afrika, Amerika Latin dan Asia Tengah.

JDV Sasar Bangunkan Perniagaan Tenusu Bersepadu Menerusi Kerjasama Dengan Dutch Lady

JOHOR BAHRU, 10 Nov (Bernama) -- Jemaluang Dairy Valley Sdn Bhd (JDV) menyasarkan untuk membangunkan perniagaan tenusu bersepadu di Johor, merangkumi keseluruhan rantaian nilai daripada ladang hingga ke pengguna, melalui satu perkongsian strategik dirancang bersama Dutch Lady Milk Industries Bhd (Dutch Lady Malaysia).

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Harapan Konflik AS-Iran Akan Reda

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, disokong oleh sentimen pasaran yang bertambah baik berikutan harapan konflik antara AS dan Iran akan reda.

Projek Mega, Bangunan Perlu Ambil Kira Kesejahteraan Awam, Keperluan Masyarakat - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Projek mega dan bangunan perlu mengambil kira kesejahteraan awam serta keperluan masyarakat kerana kegagalan berbuat demikian boleh mencetuskan kekecewaan dan rasa tidak puas hati, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Antara Tiga Pasaran Asia Catat Aliran Masuk Bersih Asing, Tarik US$381.3 Juta

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Institusi asing meneruskan trend pembelian bersih di Bursa Malaysia selama dua minggu berturut-turut, meneruskan aliran masuk bersih sebanyak US$381.3 juta (US$1=RM4.05), menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Indeks Utama Bursa Malaysia Dibuka Rendah Ketika Sentimen Positif Di Wall Street

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa selepas cuti akhir minggu yang panjang sempena Deepavali walaupun terdapat sentimen positif di Wall Street dalam tempoh semalaman.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Sentimen Pasaran Berhati-hati

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa dalam keadaan sentimen pasaran yang berhati-hati berikutan pelabur terus menilai perkembangan ekonomi global dan prospek kadar faedah Amerika Syarikat (AS).

Softbank, Grab Umum Modal Permulaan US$1.85 Bilion Bangunkan Infrastruktur AI Malaysia

SINGAPURA, 9 Nov (Bernama) -- SoftBank Group Corp dan Grab Holdings Ltd pada Isnin mengumumkan pemeteraian perjanjian pembangunan bersama berhubung rancangan menyediakan modal permulaan gabungan berjumlah US$1.85 bilion (US$1=RM4.06).

Scicom Sasar Pengembangan Antarabangsa Dengan Model Infrastruktur Sempadan GovTech

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Scicom (MSC) Bhd sedang memacu pengembangan teknologi kerajaan (GovTech) pada peringkat antarabangsa, memanfaatkan model pembiayaan awam-swasta yang bertujuan membantu kerajaan sesebuah negara memodenkan keselamatan sempadan tanpa memerlukan perbelanjaan modal awal yang besar.

Inflasi Rendah Tidak Bermakna Kos Sara Hidup Menurun, IHP Tidak Gambar Keseluruhan Keadaan

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Walaupun inflasi Malaysia berada pada tahap sederhana, trend penurunannya tidak semestinya membawa kepada kos sara hidup yang lebih rendah kepada isi rumah, menunjukkan perbezaan antara perubahan harga barangan pengguna dengan kemampuan sebenar isi rumah untuk mendapatkan barangan keperluan harian.

JS-SEZ: Nexus Sedenak Perkukuh Peranan Kulai Sebagai Hab Ekonomi - Teo

Oleh Mohamad Syazwan Mustafa

KULAI, 9 Nov (Bernama) -- Projek berimpak tinggi, Nexus Sedenak bakal menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi daerah ini, selain sebagai antara hab industri dan logistik baharu di bawah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Langkah Kerajaan, Kerjasama Rakyat Penting Tangani Tekanan Harga Bahan Api, Inflasi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Langkah kerajaan untuk mengurangkan impak kenaikan harga bahan api global perlu disokong oleh kerjasama orang ramai dalam menguruskan penggunaan bahan api bagi meminimumkan tekanan inflasi dan melindungi kewangan isi rumah.