11jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengunjurkan jumlah peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi Belanjawan 2027 adalah sebanyak RM437.8 bilion.
1hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 perlu mempertimbangkan penubuhan rangka kerja perkongsian maklumat secara rasmi yang membolehkan kapal sokongan luar pesisir (OSV) berperanan sebagai 'mata ketiga' dalam melindungi perairan Malaysia dan infrastruktur tenaga luar pesisir yang kritikal.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 perlu memperkenalkan insentif untuk menggalakkan pelaburan dalam kecekapan tenaga dan pembangunan tenaga boleh baharu (RE), demikian menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).
2hari ago
PUTRAJAYA, 8 Sept (Bernama) -- Sokongan kepada pekebun kecil perlu bergerak seiring dengan usaha memperkukuh keseluruhan rantaian nilai agrikomoditi untuk memastikan pertumbuhan industri turut memberi manfaat kepada golongan itu, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Industri hartanah berharap kerajaan menerusi Belanjawan 2027 akan melanjutkan pengecualian duti setem bagi pembeli rumah pertama serta melaksanakan langkah lain yang dapat meningkatkan aspek kemampuan dalam pemilikan rumah.
6hari ago
KOTA KINABALU, 4 Sept (Bernama) -- Meringankan tekanan kos sara hidup serta memperkukuh sokongan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) antara harapan pemain perniagaan dan penduduk Sabah menjelang pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Okt ini.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) menjangkakan berdepan tekanan ketara terhadap prestasi kewangannya bagi tahun kewangan 2026 berikutan kenaikan berterusan harga bahan api.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sedang meneliti struktur persediaan Malaysia dalam menghadapi perubahan demografi sebagai sebuah negara menua, menerusi Belanjawan 2027.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Pelaburan dan pekerjaan dijangka kekal berdaya tahan pada separuh kedua 2026, didorong keyakinan perniagaan terhadap prospek ekonomi susulan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) serta peluang daripada penyusunan semula rantaian bekalan global, menurut Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia akan berada pada kira-kira lima peratus pada 2026 berdasarkan momentum pertumbuhan ekonomi semasa yang kukuh, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
7hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Persatuan Tukang Emas dan Barang Kemas India Malaysia (MIGJA) berharap Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada bulan depan, terus mengekalkan pengecualian cukai ke atas barang kemas emas bagi mempertahankan daya saing industri.
8hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Kalangan pengendali pelabuhan berharap kesalinghubungan antara pelabuhan dan infrastruktur utama pengangkutan akan diberi keutamaan dalam Belanjawan 2027 bagi penambahbaikan rantaian bekalan.