14jam ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup mendatar pada Jumaat di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
1hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih rendah, diasak tekanan jualan sederhana yang berselang-seli dengan aktiviti pembelian ketika lonjakan harga minyak dan hasil bon global menjejaskan sentimen pelabur, kata penganalisis.
1hari ago
GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Isu pendapatan dan gaji rakyat perlu terus diberi keutamaan dalam merangka Belanjawan 2027, seiring dengan usaha kerajaan bagi memperkukuh keupayaan syarikat tempatan dalam industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV).
6hari ago
BATU KAWAN, 19 Sept (Bernama) – Kerajaan berusaha memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta peniaga tempatan agar mereka dapat menjadi komponen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara, di samping menerima manfaat daripada perkembangan ekonomi.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- TMK Chemical Bhd (TMK) mengambil alih 100 peratus pegangan dalam Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) pada harga RM939.9 juta.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini berikutan penurunan semalaman di Wall Street didorong oleh harga minyak yang tinggi, hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang meningkat dan kenaikan kadar faedah AS yang mengekang pelabur terhadap aset berisiko.
10hari ago
BATU KAWAN, 15 Sept (Bernama) -- Harga emas dijangka kekal antara US$4,000 dan US$5,000 setiap auns troy dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang, dengan logam berharga itu kini diniagakan pada kira-kira US$4,350 setiap auns troy, menurut Persatuan Emas Malaysia.
10hari ago
BATU KAWAN, 15 Sept (Bernama) -- Pulau Pinang wajar meneroka pewujudan bazar emas dan berpotensi membangunkan kemudahan penyimpanan emas sebagai sebahagian daripada usaha menjadikan negeri itu hab emas serantau, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Steven Sim Chee Keong.
14hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani & Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat dalam keadaan satu lagi gelombang jualan di pasaran serantau disebabkan harga minyak mentah yang kekal tinggi terus menjejaskan sentimen pasaran, menurut penganalisis.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- IKEA Malaysia melantik Takeshi Murai sebagai pengarah runcit negara, berkuat kuasa hari ini, menggantikan Malcolm Pruys, yang menerajui perniagaan Malaysia itu sejak September, 2022.
30hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada Rabu, seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau ketika penurunan harga minyak meredakan tekanan inflasi dan memacu minat risiko dengan aktiviti belian menumpukan saham berkaitan YTL dan perbankan, kata penganalisis.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari ini seiring dengan kebanyakan pasaran serantau, disokong oleh penyusutan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak lebih rendah.