7jam ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka meningkat namun susut kemudiannya, diasak sentimen berhati-hati yang merentasi pasaran serantau susulan penunjuk yang bercampur-campur di pasaran Wall Street.
8jam ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal berwaspada menjelang keputusan pilihan raya pertengahan penggal AS selain mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) esok, kata penganalisis.
18jam ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Penerbitan Sukuk Global Malaysia bernilai US$1.5 bilion pada akhir Julai, 2026 menerima permintaan langganan melebihi US$9.5 bilion, mencerminkan keyakinan berterusan pelabur antarabangsa terhadap prospek ekonomi dan kedudukan kredit negara.
21jam ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, mengatasi prestasi lemah di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX) meskipun logam berharga itu masih berdepan tekanan jualan teknikal.
21jam ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, seiring dengan penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
22jam ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Selasa susulan penarikan balik dalam perdagangan berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan pelaburan.
22jam ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, dipacu oleh aktiviti belian bagi saham-saham wajaran tinggi perbankan terpilih walaupun pasaran secara meluas suram susulan jualan saham teknologi.
1hari ago
PUTRAJAYA, 3 Nov (Bernama) -- IOIPG Malaysia Real Estate Investment Trust (IOIPG REIT) menyasar meraih RM2.1 bilion melalui tawaran awam permulaan (IPO) pada harga 96 sen seunit, menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Bhd pada 25 November.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) memanfaatkan bantuan luar negaranya untuk menyokong usaha Malaysia menerima pakai teknologi kecerdasan buatan (AI) Amerika menerusi inisiatif baharu, US-ASEAN AI SPARK.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mencatatkan dagangan tidak menentu pada awal pembukaan, bergerak antara zon positif dan negatif sebelum meningkat, sejajar dengan prestasi bercampur-campur di Wall Street semalaman.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa didorong oleh tanda-tanda kemajuan dalam rundingan diplomatik antara Washington dan Tehran.
1hari ago
SEREMBAN, 2 Nov (Bernama) -- Google memperuntukkan US$160 juta (RM651 juta) untuk membiayai pembangunan infrastruktur bekalan air guna sama yang baharu di Negeri Sembilan bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat serta menyokong operasi pusat datanya yang bakal beroperasi di Springhill Industrial Park, Port Dickson.