Terdapat 443 berita berdasarkan kata kunci carian "2026"

Bursa Malaysia Dijangka Diniaga Berhati-hati Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati minggu, para pelabur mungkin akan memantau dengan teliti data ekonomi penting Amerika Syarikat (AS) serta perkembangan berkaitan prospek kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS.

Ringgit Dijangka Diniagakan Agak Positif Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan agak positif berbanding dolar AS minggu depan menjelang pengumuman data ekonomi penting Amerika Syarikat (AS) yang dijangka memberikan petunjuk seterusnya mengenai prospek dasar monetari Rizab Persekutuan AS (Fed).

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dengan Kecenderungan Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menunjukkan trend menurun minggu hadapan, berikutan pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang penting.

Niaga Hadapan MSM Didagangkan Rendah Minggu Depan Susulan Lambakan Bekalan, Permintaan Lemah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dengan kecenderungan menurun di tengah-tengah lambakan bekalan dan permintaan eksport yang lembap, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan dalam dalam jajaran kecil minggu depan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

Prestasi Perdagangan Mengekalkan Trajektori Meningkat Yang Kukuh Pada Oktober 2026 -- MITI

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Prestasi perdagangan mengekalkan trajektori peningkatan yang kukuh pada Oktober 2026, mencatatkan pencapaian bersejarah, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara sebagai ekonomi yang berdaya tahan dan semakin pelbagai, meskipun berdepan persekitaran global yang mencabar.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah, Menjejaki Kelemahan COMEX AS

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Jumaat mencerminkan prestasi lemah di Bursa Komoditi (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Unit PIE Industrial Raih Pesanan Bernilai US$99.82 Juta Bagi Pemasangan Produk Berkaitan Pelayan AI

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- PIE Industrial Bhd (PIE) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Pan-International Electronics (Malaysia) Sdn Bhd (PIEM) memperoleh pesanan pembelian bernilai US$99.82 juta (US$1=RM4.11) bagi pemasangan produk berkaitan pelayan kecerdasan buatan (AI) yang digunakan di pusat data.

Celestica Perluas Pusat Reka Bentuk Di Pulau Pinang, Pacu Infrastruktur AI Global, Inovasi

GEORGE TOWN, 20 Nov (Bernama) -- Celestica Inc iaitu penyedia infrastruktur pusat data global dan penyelesaian teknologi termaju sedang memperluas Pusat Reka Bentuk Penyelesaian Platform Perkakasan (HPS) miliknya di Pulau Pinang.

Ringgit Ditutup Kebanyakannya Tinggi Berbanding Mata Wang Utama Lain

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) --  Ringgit ditutup kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain, namun hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Jumaat, di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) pada awal Disember.

ISIS Sambut Baik Pendirian PM Anwar Mengenai Kerjasama Serantau, Perdagangan Adil Di Mesyuarat APEC

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Mesyuarat Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Ke-33 yang berlangsung di Shenzhen, China, pada 18 hingga 19 Nov 2026, menyediakan platform kepada Malaysia untuk menonjolkan kepentingan peluang ekonomi yang lebih adil dan kerjasama serantau yang kukuh, menurut ahli akademik.