BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan Red Warrior FC 2-5 Star City FC | Raja Permaisuri Agong zahirkan keprihatinan terhadap kesihatan, pendidikan pelajar susulan situasi jerebu - Fadhlina | 

Terdapat 143 berita berdasarkan kata kunci carian " tambahan"

Malaysia Berada Di Landasan Atasi Unjuran Pertumbuhan KDNK 2026 - Ahli Ekonomi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia berada di landasan untuk mengatasi unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.8 hingga 5.3 peratus bagi 2026, susulan pengembangan ekonomi sebanyak 5.5 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, kata ahli ekonomi.

Belanjawan 2027: Bakat AI, Keselamatan Siber Penting Untuk Daya Saing Malaysia – Kaspersky

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia berpotensi memperoleh kelebihan daya saing sekiranya berjaya membangunkan kumpulan tenaga kerja yang mahir dalam kecerdasan buatan (AI) dan keselamatan siber, menurut Kaspersky.

Bursa Indonesia Digantung Sementara Selepas Indeks Utama Menjunam Lapan Peratus

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 16 Okt (Bernama) -- Dagangan Bursa Saham Indonesia (BEI) digantung sementara selama 30 minit pada Jumaat selepas Indeks Komposit Jakarta (IHSG) yang juga indeks utamanya, menjunam sebanyak lapan peratus.

Mercedes-AMG Petronas Tuntut Kelonggaran Had Siling Perbelanjaan Demi Pacu Kelestarian F1

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Pasukan Formula Satu (F1) Mercedes-AMG Petronas bekerjasama dengan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan Formula One Management (FOM) bagi menuntut kelonggaran peraturan had siling perbelanjaan sukan itu untuk penggunaan teknologi lestari tanpa menjejaskan daya saing di litar.

Permintaan CRESS Kekal Kukuh Meskipun Caj Akses Sistem Disemak Semula – Penganalisis

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Permintaan terhadap tenaga boleh baharu (TBB) di bawah Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) dijangka kekal berdaya tahan meskipun caj akses sistem (SAC) disemak semula.

Pembangun Tenaga Boleh Baharu Di Bawah CAP CRESS Nikmati Caj Akses Sistem Tetap 14 Sen/kWj

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Pembangun tenaga boleh baharu yang layak di bawah Pakej Peningkatan Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) (CAP) akan menikmati caj akses sistem (SAC) tetap sebanyak 14 sen bagi setiap kilowatt-jam (kWj) untuk tempoh 10 tahun, manakala pengguna tenaga hijau akan dikenakan caj berasingan sebanyak empat sen/kWj.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur untuk hari kedua berturut-turut hari ini, dengan SMR 20 mencatatkan penurunan mendadak selaras dengan pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah.

Pelabur Pusat Data Perlu Tanggung Kos Naik Taraf Talian Penghantaran Elektrik - Johari

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kos menaik taraf talian penghantaran elektrik bagi memenuhi keperluan pusat data akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada kos yang ditanggung pelabur, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

1,204 PMKS Terima Manfaat Daripada Program Sinar Setakat 30 Sept - KUSKOP

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sebanyak 1,204 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah menerima manfaat daripada program Sokongan Industri dan Perniagaan (SINAR) yang dilaksanakan SME Corp Malaysia setakat 30 Sept.

Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan sedang memperincikan pendekatan baharu untuk memastikan tarif elektrik lebih adil dan sesuai dengan keadaan semasa pada tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. 

CTOS Dijangka Tanggung Kos Lebih Tinggi Berikutan Serangan Siber - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Agensi pelaporan kredit CTOS Digital Bhd (CTOS) dijangka menanggung perbelanjaan modal tambahan dan operasi di bawah program pasca insidennya selama 12 bulan, susulan serangan siber ke atas persekitaran awannya. 

JAG Peroleh 6.17 Peratus Pegangan Dalam Metal Bank Yang Disenaraikan Di Australia

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh JAG Bhd iaitu JAG Capital Equity Sdn Bhd melanggan saham baharu yang mewakili 6.17 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesar bagi Metal Bank Ltd.