BERITA TERKINI   Datuk Ahmad Norihan Jalal dilantik Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand yang baharu - MKN | Malaysia percepat kitaran reka bentuk semikonduktor dengan memanfaatkan IP Arm Ltd berlandaskan pengalaman 50 tahun dalam industri pembuatan - Akmal Nasrullah | Hab semikonduktor persekutuan, negeri saling melengkapi, bukan pertindihan tugas antara satu sama lain - Akmal Nasrullah | KESUMA sediakan Garis Panduan Gaji Pokok Permulaan berpandukan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) - Ramanan | Tiada syarikat perladangan Malaysia terbabit dalam aktiviti pembakaran di Indonesia - Fahmi | 

Bursa Indonesia Digantung Sementara Selepas Indeks Utama Menjunam Lapan Peratus

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 16 Okt (Bernama) -- Dagangan Bursa Saham Indonesia (BEI) digantung sementara selama 30 minit pada Jumaat selepas Indeks Komposit Jakarta (IHSG) yang juga indeks utamanya, menjunam sebanyak lapan peratus.

Pemangku Setiausaha Korporat BEI Valentina Simon berkata dagangan itu telah digantung pada 8.58 pagi mengikut waktu Sistem Dagangan Automatik Jakarta (JATS) sebelum kembali beroperasi pada 9.28 pagi tanpa sebarang perubahan dalam jadual dagangan biasa.

Ad Banner

“BEI melaksanakan langkah berkenaan bagi memastikan dagangan ekuiti berjalan secara teratur, adil serta cekap,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Di bawah peraturan dagangan BEI, penggantungan dagangan selama 30 minit itu akan dilaksanakan apabila indeks penunjuk utama merosot melebihi lapan peratus dalam tempoh satu hari dagangan.

Ini akan disusuli dengan tempoh penggantungan tambahan selama 30 minit jika kerugian itu melebihi 15 peratus.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Tindakan penggantungan bagi tempoh berbaki sesi atau jangka masa lebih lama dengan kelulusan pihak pengawal selia, boleh dilaksanakan apabila dagangan menjunam melebihi 20 peratus.

Langkah penggantungan terbaharu hari ini menyusuli tindakan sama pada 28 Januari 2026 apabila BEI menjunam lapan peratus ketika dagangan intrahari.

Setakat 11.29 pagi ini, BEI telah mencatat kemerosotan sebanyak 10.76 peratus kepada 5,232.59 mata.

-- BERNAMA