3jam ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan saranan ‘wajaran tinggi’ terhadap sektor pengguna, disokong oleh langkah fiskal bersasar seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
4jam ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Malaysia menegaskan keperluan memperkukuh kerjasama serantau bagi menjamin bekalan tenaga yang stabil dan mampu bayar, seiring usaha mempercepat peralihan kepada tenaga rendah karbon.
10jam ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pasaran saham Malaysia kekal stabil ketika ini, disokong oleh dasar kerajaan yang telus serta polisi yang kondusif bagi menggalakkan kemasukan dana asing, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Defisit fiskal Malaysia dijangka mengecil kepada RM76 bilion atau 3.3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2027 daripada anggaran 3.5 peratus pada 2026, sekali gus memastikan kerajaan terus berada di landasan untuk mencapai sasaran jangka sederhana 3.0 peratus menjelang 2028.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kutipan hasil cukai negara meningkat sembilan peratus kepada RM129.6 bilion pada separuh pertama 2026 berbanding RM119.1 bilion dalam tempoh sama pada tahun lepas.
1hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum menurun kemudiannya, didorong oleh aktiviti jualan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih, diterajui sektor perkhidmatan kewangan serta produk dan perkhidmatan perindustrian.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Top Glove menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran operasinya kepada 78 bilion keping sarung tangan setahun menjelang akhir tahun kewangan 2027, tertakluk kepada keperluan operasi dan ketersediaan sumber.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Implikasi daripada konflik di Asia Barat yang mengganggu bekalan komoditi global dan laluan perdagangan strategik ke atas kestabilan kewangan Malaysia masih terkawal, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menyifatkan kedudukan kewangan isi rumah secara amnya kekal berdaya tahan, disokong oleh keadaan pasaran tenaga kerja Malaysia yang stabil.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Sebagai belanjawan pertama sejak pelancaran Dasar Perumahan Negara dalam tempoh 10 tahun lepas, Belanjawan 2027 dilihat berperanan penting dalam meningkatkan penawaran perumahan secara ketara selain menangani cabaran berterusan yang dihadapi pasaran perumahan Malaysia.
3hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 5 Okt (Bernama) -- Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 5.1 peratus pada 2026 daripada 4.9 peratus sebelumnya, dan kepada 4.8 peratus pada 2027 daripada 4.7 peratus, didorong oleh eksport dan pelaburan kukuh dalam kecerdasan buatan (AI).
5hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka mengalami ketidaktentuan dari segi penawaran dan permintaan pada minggu hadapan, dengan harga berkemungkinan meningkat sebelum stabil, ia banyak bergantung pada keadaan cuaca, kata pakar industri Denis Low.