Terdapat 28 berita berdasarkan kata kunci carian " kewangan islam"

PAAB Lengkapkan Terbitan Sukuk Biru RM720 Juta Bagi Infrastruktur Air

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) melengkapkan penerbitan sukuk biru berjumlah RM720 juta menerusi Pengurusan Air SPV Bhd di bawah Program Kertas Komersial Islam RM2 bilion sedia ada. 

TH Hampir Kecundang, Namun Berjaya Dipulihkan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) – Lembaga Tabung Haji (TH) hampir kecundang akibat kecuaian dan sikap tamak haloba, namun berjaya dipulihkan selepas masalah itu dikesan pada peringkat awal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Co-opbank Pertama Anjur MMKI 2026 Perkukuh Ekosistem Kewangan Islam

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Co-opbank Pertama (CBP) hari ini menganjurkan Muzakarah Muamalat Kewangan Islam (MMKI) 2026  untuk memperkukuh ekosistem dan memartabatkan kewangan Islam.

CIMB Islamic Bank Dinobat Bank Islam Terbaik Dunia Di Euromoney Islamic Finance Awards 2026

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- CIMB Islamic Bank Bhd mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Bank Islam Terbaik Dunia pada Anugerah Euromoney Islamic Finance 2026, sekali gus menjadi bank Malaysia pertama menerima pengiktirafan global berprestij itu sejak anugerah berkenaan diperkenalkan.

Pertumbuhan Gaji Tidak Setara Produktiviti, Sistem Gaji Perlu Dirombak -- Timbalan Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menganggap pertumbuhan gaji di negara ini masih ketinggalan dari segi produktiviti, sekali gus memaparkan keperluan bagi merombak sistem penetapan gaji berkenaan.

Vaseehar Hassan Dilantik Sebagai Pengerusi AmanahRaya

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Dr Vaseehar Hassan Abdul Razack sebagai pengerusinya yang baharu.

Kerajaan Pertimbang Rangka Kerja Keselamatan Ekonomi Bagi Perkukuh Daya Tahan Hadapi Krisis - Nurhisham

KUALA LIMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan rangka kerja keselamatan ekonomi bagi memperkukuh daya tahan negara dalam menghadapi krisis pada masa depan, kata Penasihat Ekonomi Pejabat Perdana Menteri Nurhisham Hussein.

Rangka Kerja BNM Perlu Berkembang Daripada Bersifat Preskriptif Kepada Kolaboratif - Bekas Timbalan Gabenor

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Rangka kerja penyeliaan Bank Negara Malaysia (BNM) perlu lebih bersifat kolaboratif dan perundingan dengan industri kewangan, termasuk penggunaan sandbox pengawalseliaan yang lebih meluas, kata bekas Timbalan Gabenor BNM Datuk Ooi Sang Kuang. 

Permintaan Tinggi Terhadap Sukuk Global Malaysia US$1.5 Bilion Cerminkan Keyakinan Pelabur - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kejayaan terbitan sukuk global Malaysia bernilai US$1.5 bilion minggu lepas menunjukkan keyakinan pelabur terhadap asas ekonominya, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Bank Muamalat Perkenal Kad Kredit-i Awwal Perluas Akses Pembiayaan Berhemah

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd memperkenalkan Kad Kredit-i Awwal, kad kredit-i berlandaskan prinsip syariah yang menawarkan akses kepada pembiayaan secara lebih telus, mampu milik dan bertanggungjawab.

Sukuk Global Malaysia Bernilai US$1.5 Bilion Catat Lebihan Langganan 4.7 Kali

PUTRAJAYA, 24 Julai (Bernama) -- Permintaan kukuh daripada pelabur mendorong langganan lebihan sebanyak 4.7 kali bagi penerbitan Sukuk Global Malaysia bernilai US$1.5 bilion, yang ditetapkan pada spread terendah dalam rekod, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Maybank, CGIF Meterai MoU Perkukuh Pasaran Modal Mata Wang Tempatan ASEAN+3

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Credit Guarantee and Investment Facility (CGIF) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh serta memperluas pembangunan pasaran modal mata wang tempatan di rantau ASEAN+3 yang merangkumi Asia Tenggara, China, Jepun dan Korea Selatan.