BERITA TERKINI   Keamanan dan kecemerlangan negara anjur program antarabangsa faktor Malaysia dipilih jadi tuan rumah perlumbaan F1 - PM Anwar | Sultan Nazrin cadang rangka kerja Tadbir Urus Wakaf Global sebagai prinsip teras yang boleh diterima pakai secara sukarela oleh institusi wakaf | Sultan Nazrin seru platform wakaf tunai digital diperluas untuk tingkat ketelusan | RUU Statistik 2026 dijangka diwartakan hujung tahun ini, Jabatan Perangkaan Malaysia kini dikenali sebagai Jabatan Statistik selepas akta itu berkuat kuasa - Akmal Nasrullah | Kementerian Ekonomi unjur perbelanjaan pembangunan bagi 2027 sekitar RM58 bilion, 70 peratus daripada keseluruhan peruntukan disasarkan kepada pembangunan asas - Akmal Nasrullah | 

Terdapat 91 berita berdasarkan kata kunci carian " kadar faedah "

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang PRN N.Sembilan

Oleh Karina Imran & Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh sentimen domestik yang positif menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tetapi pendekatan pelabur berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) mengehadkan kenaikannya.

Ringgit Dijangka Diniaga pada RM4.08-RM4.10 Berbanding Dolar AS Minggu Depan Menjelang Keputusan Fed

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM4.08 hingga RM4.10 berbanding dolar AS minggu depan berikutan pendekatan berhati-hati menjelang peristiwa penting di dalam dan luar negara seperti keputusan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Tarif AS, Ketegangan Asia Barat

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat ekoran peningkatan ketidaktentuan harga minyak mentah susulan gangguan trafik kapal di Asia Barat serta langkah terbaru AS untuk mengenakan tarif ke atas 60 negara, termasuk Malaysia.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat, seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah dan penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Dalam Sentimen Pasaran Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, dengan sentimen berhati-hati dijangka berterusan selepas kenaikan pasaran serantau semalam menyebabkan pasaran Asia terdedah kepada penurunan semalaman di Wall Street.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan ketegangan yang meningkat di Asia Barat mendorong jangkaan mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), sekali gus menyokong mata wang negara itu.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Seiring Penurunan Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini, seiring penyusutan mata wang utama lain, apabila unit tempatan itu dijangka terus bergerak dalam aliran berhati-hati susulan ketegangan yang masih berlarutan di Asia Barat terus mengganggu bekalan minyak dan gas global.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, walaupun terdapat kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, harga minyak mentah yang mengukuh dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS, kata peniaga.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Mendatar Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif dan Nur Athirah Mohd Shaharuddin 

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama pada Rabu, namun hampir mendatar berbanding dolar AS apabila peniaga mengambil pendekatan berhati-hati berikutan ketidaktentuan yang berterusan mengenai konflik di Asia Barat.

DANA PLUS Percepat Kelulusan Pembiayaan Mikro Dari 14 Hingga 21 Hari Kepada 48 Jam

KLANG, 21 Julai (Bernama) -- Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) melancarkan aplikasi digital DANA PLUS yang membolehkan tempoh kelulusan pembiayaan mikro sehingga RM10,000 dipendekkan dari 14 hingga 21 hari kepada hanya 48 jam.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Aliran Masuk Semula Dana Asing

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan lebih tinggi pada Selasa berikutan aliran masuk semula dana asing dijangka terus menyokong pemulihan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data Ekonomi Kukuh

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh data ekonomi Malaysia yang kukuh, yang meningkatkan keyakinan terhadap asas ekonomi negara.