3jam ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia berada di landasan untuk mengatasi unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.8 hingga 5.3 peratus bagi 2026, susulan pengembangan ekonomi sebanyak 5.5 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, kata ahli ekonomi.
4jam ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong oleh anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Suku Ketiga 2026 bagi Malaysia yang mengatasi jangkaan awal.
7jam ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- RHB Bank Bhd mengekalkan jangkaan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2027 untuk Malaysia pada 4.9 peratus, berikutan pembentangan Belanjawan 2027.
14jam ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan faktor luaran, termasuk jangkaan dasar monetari Amerika Syarikat (AS) yang ketat, mengimbangi sokongan daripada dolar AS yang lemah.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu meneruskan konsolidasi fiskal, meluaskan asas cukai dan menambah baik penyasaran subsidi bagi memperkukuh daya tahan ekonomi negara terhadap kejutan ekonomi pada masa depan, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
1hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Peruntukan RM750 juta Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) di bawah Belanjawan 2027 mewakili pelaburan komersial yang dirancang untuk Projek Vista Kampus merentasi enam universiti terpilih, dengan tujuan menjana pulangan jangka panjang yang mampan kepada dana persaraan itu.
1hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.7 peratus pada suku ketiga 2026, disokong oleh penggunaan domestik, pelaburan dan aktiviti pembuatan, kata Ketua Ahli Ekonomi TA Securities Shazma Juliana Abu Bakar.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mencatatkan penurunan pada Khamis, mengakhiri kenaikan selama empat hari berturut-turut, susulan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih serta dipengaruhi oleh penurunan di pasaran serantau dan Wall Street.
1hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS yang semakin menyusut pada Khamis berikutan pelabur menilai keadaan pasaran menjelang pengumuman anggaran awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2026 esok.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kebergantungan global terhadap tenaga import diunjur mencapai kemuncak menjelang 2034, apabila kebimbangan mengenai keselamatan tenaga memacu peralihan ke arah elektrifikasi, di tengah-tengah peningkatan gangguan terhadap bekalan bahan api global.
1hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur untuk hari kedua berturut-turut hari ini, dengan SMR 20 mencatatkan penurunan mendadak selaras dengan pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Khamis dengan rendah berikutan aktiviti pengambilan untung selepas pasaran mencatat peningkatan selama empat hari berturut-turut sebelum ini.