Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.
Pada 9.30 pagi, kontrak November 2026 susut 9.0 mata kepada 1,592.0, Disember 2026 turun 9.5 mata kepada 1,592.5, Mac 2027 merosot 12.0 mata kepada 1,573.0, manakala Jun 2027 pada 1,586.0.
Jumlah dagangan sebanyak 2,743 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 38,969 kontrak.
Selepas 45 minit dagangan, FBM KLCI menguncup 8.17 mata kepada 1,595.90 berbanding 1,604.07 semasa ditutup semalam.
-- BERNAMA