BERITA TERKINI   Malaysia, Thailand bersetuju bentuk jawatankuasa untuk lapor, semak kemajuan Strategi Pembangunan Bersama bagi Kawasan Sempadan - Mohamad Hasan  | Malaysia akan bangkitkan isu jerebu rentas sempadan pada AMM menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 bulan depan - Mohamad Hasan | ACLE: JDT 3-0 Port FC | 

Pelaburan Asal Battersea Alami Kerugian, Usaha Pemulihan Sedang Dijalankan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelaburan asal dalam projek Battersea Power Station di United Kingdom (UK) adalah terlalu tinggi dan telah mengalami kerugian namun usaha pemulihan sedang dilakukan sekarang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, beliau mengingatkan bahawa pelaburan di luar negara perlu diteliti dengan lebih rapi bagi mengelakkan pengalaman yang sama berulang.

“Saya setuju dengan gesaan dan teguran bahawa ada beberapa langkah yang dilakukan dulu termasuk (projek) Battersea di UK itu, walaupun sekarang sedang cuba dipulihkan tetapi pelaburan asal itu terlalu tinggi dan telah mengalami kerugian,” kata Anwar pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Hassan Karim (PKR-Pasir Gudang) mengenai jumlah pelaburan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dalam projek pembangunan semula Battersea Power Station di London serta manfaatnya kepada ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata institusi seperti Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd turut mencari peluang pelaburan di dalam dan luar negara.

Bagaimanapun, beliau berkata, sejak tiga tahun lepas, kerajaan menetapkan keutamaan pelaburan dalam negara dengan kadar sekurang-kurangnya 20 peratus pada peringkat awal dan akan ditingkatkan mengikut kesediaan dan keupayaan institusi terbabit.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Anwar berkata sebahagian besar pelaburan di luar negara menjana keuntungan tinggi meskipun terdapat pelaburan yang mengalami kerugian.

-- BERNAMA