BERITA TERKINI   Liga Super: Negeri Sembilan 1-1 Sabah | Lebih 12,000 pegawai, anggota APM seluruh negara bersiap siaga hadapi Monsun Timur Laut - APM | Sebahagian penerima bantuan khas pemandu RM1,000 akan terima bayaran melalui EFT - Loke | Penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja bawah 15 tahun semakin membimbangkan - Saifuddin Nasution | Kira-kira 75 peratus penghuni penjara di seluruh negara terlibat kes dadah - Saifuddin Nasution | 

Sidec Namakan E23, Enygma Technologies, Recharge Xolutions Sebagai Juara

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) telah menamakan E23 Sdn Bhd, Enygma Technologies Sdn Bhd dan Recharge Xolutions Sdn Bhd sebagai juara Program Selangor Triple Accelerator 2026, yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Kecerdasan Buatan (AI) & Semikonduktor Selangor (AiSEM@Selangor).

Setiap juara menerima RM20,000 pada Hari Demo Pusingan Akhir program itu.

Dalam satu kenyataan, Sidec berkata 12 syarikat permula niaga turut dinamakan sebagai pemenang dalam tiga kategori, iaitu Token-X, Deep-X dan Retail-X.

Ad Banner

“Kategori Deep-X menyaksikan Enygma Technologies Sdn Bhd sebagai juara, dengan Empowered Solutions Sdn Bhd, SONO Holding Sdn Bhd dan Leogics Solutions (M) Sdn Bhd sebagai pemenang utama, manakala Recharge Xolutions Sdn Bhd muncul sebagai juara Retail-X bersama Real Food Real Good Sdn Bhd, Faswell Sdn Bhd dan Good Times DIY Pottery & Tufting Lifestyle Studio Sdn Bhd.

“;Dalam kategori Token-X, e23 dinobatkan sebagai juara, manakala Coded Solution Sdn Bhd, Teel dan Green Energy Network adalah antara pemenang utama,” katanya. 

Sidec berkata kesemua 12 pemenang menerima trofi, sijil dan tempat di Sidec World Stage Venture, sebuah program pendedahan luar negara. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Lapan pemenang Deep-X dan Token-X akan menyertai Hong Kong FinTech Week x StartmeupHK 2026 dari 2 hingga 6 Nov depan untuk bertemu dengan pelabur global, syarikat pemula niaga serta pemain teknologi. 

Empat pemenang Retail-X akan dibawa ke Shanghai termasuk latihan TikTok Shop di pejabat ByteDance di Shanghai. 

-- BERNAMA