BERITA TERKINI   Raja Permaisuri Agong zahirkan keprihatinan terhadap kesihatan, pendidikan pelajar susulan situasi jerebu - Fadhlina | Datuk Ahmad Norihan Jalal dilantik Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand yang baharu - MKN | Malaysia percepat kitaran reka bentuk semikonduktor dengan memanfaatkan IP Arm Ltd berlandaskan pengalaman 50 tahun dalam industri pembuatanĀ - Akmal Nasrullah | Hab semikonduktor persekutuan, negeri saling melengkapi, bukan pertindihan tugas antara satu sama lainĀ - Akmal Nasrullah | KESUMA sediakan Garis Panduan Gaji Pokok Permulaan berpandukan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) - Ramanan | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Menjejaki Kenaikan COMEX

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat, menjejaki kenaikan di Bursa Komoditi (COMEX) Amerika Syarikat.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2026 meningkat kepada US$4,187.30 setiap auns troy daripada US$4,163.80 pada Khamis manakala kontrak November 2026 naik kepada US$4,203.70 daripada US$4,180.40.

Kontrak Disember 2026, Januari 2027, Februari 2027 dan April 2027 semuanya berkembang kepada US$4,220.20 setiap auns troy daripada US$4,196.90 sebelumnya.

Ad Banner

Jumlah dagangan susut kepada 73 lot daripada 82 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 149 kontrak daripada 161 kontrak.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,152.25 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 15 Okt, 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner