BERITA TERKINI   Raja Permaisuri Agong zahirkan keprihatinan terhadap kesihatan, pendidikan pelajar susulan situasi jerebu - Fadhlina | Datuk Ahmad Norihan Jalal dilantik Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand yang baharu - MKN | Malaysia percepat kitaran reka bentuk semikonduktor dengan memanfaatkan IP Arm Ltd berlandaskan pengalaman 50 tahun dalam industri pembuatan - Akmal Nasrullah | Hab semikonduktor persekutuan, negeri saling melengkapi, bukan pertindihan tugas antara satu sama lain - Akmal Nasrullah | KESUMA sediakan Garis Panduan Gaji Pokok Permulaan berpandukan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) - Ramanan | 

PKNS FMI, Selangor Advance Bekerjasama Perkukuh Akses Pembiayaan Kontraktor

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- PKNS FM Integrated Sdn Bhd (PKNS FMI) bekerjasama dengan Selangor Advance menerusi inisiatif Selangor Advance 500 (SA500) bagi memperluas akses pembiayaan kepada kontraktor tempatan serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Selangor Advance ialah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor, diterajui oleh Menteri Besar Selangor (Diperbadankan) (MBI), yang menyediakan pembiayaan patuh Syariah bagi membantu PMKS dan kontraktor mengurus aliran tunai.

PKNS FMI berkata kerjasama itu bertujuan menyediakan akses kepada penyelesaian pembiayaan alternatif yang fleksibel dan berteraskan digital kepada kontraktor serta PMKS bagi membantu mereka mengurus aliran tunai dan menyokong pelaksanaan projek.

Ad Banner

“Kerjasama ini mencerminkan usaha berterusan PKNS FMI untuk memperkasa kontraktor tempatan melalui akses yang lebih luas kepada peluang perniagaan, inisiatif pembangunan keupayaan dan penyelesaian pembiayaan inklusif,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut PKNS FMI, pihaknya menerima Token Kerjasama Strategik daripada Selangor Advance pada majlis pelancaran SA500 yang diadakan bersempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2026 dan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Katanya kerjasama  antara agensi pembangunan, penyedia penyelesaian pembiayaan dan pemain industri mampu mewujudkan ekosistem perniagaan yang lebih mampan serta menyumbang kepada agenda pertumbuhan ekonomi Selangor.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Seiring aspirasi untuk melahirkan lebih ramai kontraktor tempatan yang berdaya tahan dan berdaya saing, PKNS FMI akan terus menjalin kerjasama strategik yang mewujudkan nilai jangka panjang kepada rakan industri, pemegang taruh dan komuniti perniagaan secara keseluruhan,” menurutnya.

-- BERNAMA