BERITA TERKINI   Dua wanita maut kereta dinaiki terbakar dalam kemalangan dengan lori di Jalan Yong Peng-Ayer Hitam,Johor petang tadi - Bomba | Piala FA: JDT 4-1 Penang FC | Belanjawan 2027 bukti komitmen kerajaan tangani permasalahan rakyat khususnya golongan M40 - TPM Ahmad Zahid | Belanjawan 2027: Kerajaan setuju naikkan jumlah kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan kepada 490 hari daripada 360 hari | Belanjawan 2027: Kadar pencen terendah akan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan, manfaatkan hampir 59,000 pesara, veteran ATM dan penerima pencen terbitan | 

Belanjawan 2027: Nilai Perolehan Kerajaan Khusus Untuk Kontraktor Bumiputera G1-G4 Dinaikkan Kepada RM7.5 Bilion 

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama)-- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan nilai perolehan kerajaan dikhususkan untuk kontraktor Bumiputera G1-G4 ditingkatkan kepada RM7.5 bilion pada 2027, berbanding RM4 bilion tahun ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini berkata bagi kerja selenggara, pembaikan dan penambahbaikan fasiliti kerajaan had perolehan lantikan terus dibenarkan sehingga RM200,000 dan sebut harga dibenarkan sehingga RM3 juta.

"Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) pula menyediakan pembiayaan sehingga RM1 bilion dan keupayaan Teraju turut diperkasa supaya dapat memantau dengan lebih berkesan projek-projek Bumiputera merentas semua jabatan, agensi dan syarikat," katanya.

Ad Banner

Beliau berkata bagi memperkasa ekonomi Bumiputera, dana pembiayaan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Bhd ditingkatkan kepada RM500 juta, berbanding RM350 juta.

"Kerajaan memberikan kemudahan duti setem hanya RM10 ringgit keatas perjanjian pinjaman dan pembiayaan di bawah Skim CAKNA II akan diperkenalkan dari 1 Januari, 2027 hingga 31 Disember, 2030. Kemudahan sama turut dilanjutkan bagi Skim CAKNA I hingga 31 Disember, 2030," katanya.

Pada masa sama, katanya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Petronas menyasarkan perolehan RM58 billion daripada syarikat Bumiputera. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Mulai 2027, garis panduan perolehan GLC yang tidak disemak sejak 2006 akan diperbaharui. Kejayaan vendor turut diukur melalui pertumbuhan syarikat, inovasi dan pasaran baharu yang berjaya ditembusi," katanya.

--BERNAMA