BERITA TERKINI   Dua wanita maut kereta dinaiki terbakar dalam kemalangan dengan lori di Jalan Yong Peng-Ayer Hitam,Johor petang tadi - Bomba | Piala FA: JDT 4-1 Penang FC | Belanjawan 2027 bukti komitmen kerajaan tangani permasalahan rakyat khususnya golongan M40 - TPM Ahmad Zahid | Belanjawan 2027: Kerajaan setuju naikkan jumlah kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan kepada 490 hari daripada 360 hari | Belanjawan 2027: Kadar pencen terendah akan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan, manfaatkan hampir 59,000 pesara, veteran ATM dan penerima pencen terbitan | 

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Dipacu Disiplin Fiskal Belanjawan 2027

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh komitmen fiskal kerajaan menerusi Belanjawan 2027, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.0830/0875 berbanding dolar AS daripada 4.0890/0940 penutup semalam.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata defisit fiskal Malaysia diunjur mengecil kepada 3.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2027 daripada 3.6 peratus yang diunjurkan pada 2026.

“Unjuran pengecilan defisit fiskal itu menunjukkan kerajaan kekal komited  terhadap disiplin fiskal yang boleh meningkatkan keyakinan peniaga dan pelabur terhadap ringgit,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup sesi hari ini, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama serta ASEAN.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 2.5791/5821 daripada 2.5834/5867 semalam namun susut berbanding pound Britain kepada 5.4063/4123 daripada 5.3930/3996 dan rendah berbanding euro kepada 4.5807/5858 daripada 4.5719/5775 sebelum ini.

Berbanding mata wang negara ASEAN lain, ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 228.1/228.4 daripada 228.2/228.6 namun tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.50/6.51.

Unit tempatan itu rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1896/1934 daripada 3.1893/1934 pada penutupan semalam dan susut berbanding baht Thailand kepada 12.1735/1909 daripada 12.1371/1563.

-- BERNAMA