BERITA TERKINI   Mesyuarat MKI hari ini ucap takziah kepada Tun Dr Mahathir, ahli keluarga atas pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah | Bangsa dan ummah perlu dididik bahawa keberanian bukan sekadar berani bersuara tetapi juga kesediaan mendengar - Sultan Nazrin Shah | Pelabuhan Klang kekal sebagai pelabuhan kontena ke-10 paling sibuk di dunia dalam ranking Lloyd’s List One Hundred Container Ports 2026, Pelabuhan Johor pada tempat ke-11 - Loke | Budaya syura dan adab perlu diperkukuh dalam keluarga, institusi pendidikan, organisasi, masjid dan pentadbiran - Sultan Nazrin Shah | Semua kelulusan bagi lesen dan permit bunkering akan dikendalikan oleh MOT mulai 1 Feb 2027 - Loke | 

Pengambilalihan Kepentingan Fortis Telus, Proses Bidaan Terbuka Dan Kompetitif -- IHH

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- IHH Healthcare Bhd hari ini menegaskan pendirian kumpulan itu kekal bahawa anak syarikatnya, Northern TK Venture Pte Ltd (NTK), mengambil alih kepentingan dalam Fortis Healthcare pada 2018 menerusi proses bidaan kompetitif, terbuka kepada umum selain dikawal selia sepenuhnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan penjagaan kesihatan itu memaklumkan transaksi berkenaan turut memperoleh semua kelulusan korporat, pemegang saham yang ditetapkan selain kelulusan Suruhanjaya Persaingan India dan peraturan pengambilalihan Lembaga Sekuriti dan Bursa India (SEBI).

“Pelaburan IHH itu dibuat menerusi peruntukan khas terbitan saham Fortis baharu berjumlah 4,000 crore rupee India bagi pegangan sebanyak 31 peratus berserta tender tawaran mandatori kepada pemegang saham awam.

Ad Banner

“Tiada saham sekunder yang diperoleh daripada bekas promoter dan penghutang penghakiman Malvinder Mohan Singh dan Shivinder Mohan Singh, malah tiada sebarang pembayaran diserahkan kepada mereka,” maklum kumpulan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Mahkamah Agung India pada 25 September 2026 melupuskan Petisyen Kebenaran Khas (SLP) yang difailkan oleh Fortis bagi mencabar perintah Mahkamah Tinggi Delhi yang mengarahkan audit forensik.

IHH juga menegaskan pihaknya akan memberi kerjasama penuh dalam audit forensik berkenaan dan berpendapat semakan secara bebas dapat mengesahkan fakta transaksi itu secara objektif.

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA