BERITA TERKINI   Kompleks Mahkamah Johor Bahru dijangka mula beroperasi pada 1 Jan 2027 - Azalina | Surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan dihantar kepada PM Anwar semalam, berkuatkuasa pada tarikh Najib keluar dari penjara - Loke | Kementerian Komunikasi perkukuh kerjasama dengan kementerian lain perluas penyampaian maklumat inisiatif kerajaan kepada rakyat - Fahmi  | Mesyuarat MKI hari ini ucap takziah kepada Tun Dr Mahathir, ahli keluarga atas pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah | Bangsa dan ummah perlu dididik bahawa keberanian bukan sekadar berani bersuara tetapi juga kesediaan mendengar - Sultan Nazrin Shah | 

AirAsia MOVE Jalin Perkongsian Strategik Dengan China Eastern Dan Shanghai Airlines

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) --  Aplikasi pelancongan semua dalam satu, AirAsia MOVE menjalin perkongsian strategik dengan dua syarikat penerbangan utama China iaitu China Eastern Airlines dan Shanghai Airlines, sekali gus memperkukuh jaringan hubungan penerbangan antara Malaysia, China dan rantau ini.

Menurut kenyataan di keluarkan Capital A, kerjasama itu mengukuhkan strategi AirAsia MOVE untuk memperluaskan hubungan secara langsung dengan syarikat penerbangan terkemuka dunia, selain memberikan lebih banyak pilihan penerbangan serta memudahkan perancangan perjalanan antara Malaysia dan China.

Selain penerbangan, para pengguna aplikasi AirAsia MOVE juga boleh melengkapkan perjalanan mereka dengan tempahan hotel dan pelbagai keperluan perjalanan lain dalam satu platform.

Ad Banner

Sempena kerjasama ini, China Eastern Airlines dan Shanghai Airlines menawarkan tawaran penerbangan eksklusif untuk pengguna AirAsia MOVE bermula dari sekarang hingga 30 September, 2026, untuk perjalanan dari sekarang hingga 4 November, 2026, menurut syarikat itu.

Ketua Flybeyond, AirAsia MOVE, Soumik Choudhury berkata: “Penambahan China Eastern Airlines dan Shanghai Airlines mengukuhkan hubungan antara China dan Asia Tenggara serta mencerminkan capaian platform kami yang semakin meluas.

“Ketika kami terus membangunkan rangkaian jaringan hubungan syarikat penerbangan global, fokus kami adalah mudah, memberikan lebih banyak pilihan untuk para pengembara dan memudahkan keseluruhan perjalanan dirancang dalam satu platform,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner

China Eastern Airlines dan Shanghai Airlines menyertai 80 syarikat penerbangan global terkemuka lain yang mempunyai kerjasama secara langsung dengan AirAsia MOVE.

Melengkapkan kerjasama secara langsung ini, AirAsia MOVE turut menawarkan pilihan daripada kira-kira 700 syarikat penerbangan lain melalui pembekal sahnya untuk dipilih oleh pengembara.

-- BERNAMA