Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Tunai Pendasar
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar.
Kontrak September 2026 meningkat 13 mata kepada 1,673.0, kontrak Oktober 2026 mengukuh 13.5 mata kepada 1,672.0 manakala kontrak Disember 2026 dan Mac 2027 masing-masing naik 12 mata kepada 1,677.5 dan 1,662.5.
Jumlah dagangan susut kepada 8,146 lot daripada 10,117 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 48,706 kontrak daripada 51,310 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI menokok 16.56 mata atau 0.99 peratus kepada 1,683.50 daripada 1,666.94 ketika ditutup pada Isnin.
-- BERNAMA