BERITA TERKINI   Malaysia perlu bangunkan perusahaan teknologi tempatan, bukan sekadar bekalkan bakat - TPM Ahmad Zahid | TPM Ahmad Zahid seru sinergi lebih kukuh antara kerajaan, institusi pengajian tinggi dan pelabur swasta untuk mengkomersialkan penyelidikan tempatan | Malaysia perlu bergerak melangkaui sebagai hab pembuatan untuk menerajui, mencipta serta memiliki teknologi dan harta intelek global menjelang 2030 - TPM Ahmad Zahid | 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dipacu Aktiviti Belian Pada Harga Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa disokong aktiviti pembelian ketika harga rendah susulan ketegangan di Asia Barat yang semakin reda, sekali gus meningkatkan sentimen dan menurunkan harga minyak mentah Brent.

Pada 9.10 pagi, bagaimanapun, indeks penanda aras itu susut 0.13 mata kepada 1,666.81 daripada paras 1,666.94 ketika ditutup pada Isnin.

Ad Banner

Indeks itu dibuka 2.80 mata lebih tinggi pada 1,669.74.

Sentimen pasaran secara meluas positif dengan 265 kaunter untung berbanding 150 kaunter rugi. Sebanyak 294 kaunter tidak berubah, 2,164 kaunter tidak diniagakan dan 11 kaunter digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 314.78 juta saham bernilai RM148.07 juta.

Ad Banner

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata beliau melihat bursa tempatan berada pada tahap menarik untuk aktiviti pemilihan saham berikutan prestasi lemah minggu lepas.

“Penilaian pasaran kekal menarik, kini di bawah purata nisbah harga kepada pendapatan sebanyak 16.5 kali.

“Bagi hari ini, kami menjangkakan minat belian sedemikian berterusan, justeru indeks dijangka bergerak antara paras 1,665 dan 1,680,” katanya kepada Bernama.

Thong berkata sektor perbankan dan perladangan kekal dalam senarai pilihan utama firma itu untuk pembelian.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat dua sen kepada RM10.40, CIMB menambah empat sen kepada RM7.69, Public Bank susut satu sen kepada RM4.78, Tenaga Nasional berkurangan 10 sen kepada RM12.94, manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM7.62.

Bagi saham paling aktif, BMS meningkat 1.5 sen kepada 15 sen, AirAsia menambah dua sen kepada 55 sen dan Kinergy Advancement naik setengah sen kepada 40.5 sen, manakala AIMAX dan Zetrix AI masing-masing tidak berubah pada satu sen dan 20 sen.

Dalam kalangan kaunter untung utama, Fraser & Neave meningkat 50 sen kepada RM23.10, Petron Malaysia menambah 21 sen kepada RM4, Malaysian Pacific Industries mengukuh 18 sen kepada RM42.98, manakala Pentamaster dan MI Technovation masing-masing naik 16 sen kepada RM5.56 dan RM5.82.

Bagi kaunter rugi utama, Nestle susut 48 sen kepada RM89.22, Allianz Malaysia turun 20 sen kepada RM21.10, United Plantations berkurangan 12 sen kepada RM33.30, Tenaga Nasional susut 10 sen kepada RM12.94 dan Sunway Healthcare turun sembilan sen kepada RM2.20.

Di papan indeks, Indeks FBM Mid 70 meningkat 51.93 mata kepada 17,741.07, Indeks FBM Emas menambah 12.17 mata kepada 12,410.78, Indeks FBM Top 100 naik 8.48 mata kepada 12,198.93, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 8.07 mata kepada 12,244.83, manakala Indeks FBM ACE menokok 19.87 mata kepada 5,336.30.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.69 mata kepada 184.19, manakala Indeks Tenaga bertambah 2.14 mata kepada 847.57.

Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 25.65 mata kepada 19,517.12, manakala Indeks Perladangan menambah 1.10 mata kepada 9,411.59.

-- BERNAMA