BERITA TERKINI   Permintaan puncak harian mencapai 21,949 megawatt pada 9 September, iaitu 4.7 peratus lebih tinggi berbanding purata Ogos - Akmal Nasrullah | Kenaikan harga arang batu memberi kesan secara langsung kepada kos penjanaan elektrik - Akmal Nasrullah | Sumber bahan api utama menunjukkan tekanan harga yang lebih tinggi pada September berbanding Ogos, khususnya minyak mentah dan LNG - Akmal Nasrullah | Kerajaan pastikan rantaian bekalan domestik terus berfungsi, bekalan keperluan asas mencukupi dan tekanan kos global tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global telah beralih kepada fasa mengurus risiko ekonomi yang dijangka berterusan daripada fasa mengurus kejutan sementara - Akmal Nasrullah | 

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Mengenai Bekalan Minyak Mereda

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain ketika ditutup Jumaat, disokong oleh sentimen pasaran yang bertambah baik susulan kebimbangan yang berkurangan mengenai bekalan minyak mentah, menurut seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.0795/0840 berbanding dolar AS daripada 4.0965/1010 pada ketika ditutup pada Khamis.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata harga minyak mentah Brent susut berikutan jangkaan keadaan yang bertambah baik di Selat Hormuz.

"Ini susulan langkah Arab Saudi untuk membaiki saluran paip Timur-Barat yang rosak. Pada masa sama, beberapa kapal tangki terus melalui Selat Hormuz," katanya kepada Bernama.

Pada penutupan, ringgit naik berbanding euro kepada 4.6849/6901 daripada 4.7003/7055 ketika ditutup pada Khamis, meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5829/5860 daripada 2.6305/6336 ketika ditutup semalam dan menokok berbanding pound Britain kepada 5.4543/4603 from 5.4877/4937 sebelum itu.

Ad Banner

Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang serantau ASEAN.

Mata wang tempatan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1933/1971 daripada 3.2099/2137 pada penutupan semalam, melonjak berbanding baht Thailand kepada 12.2383/2562 daripada 12.2734/2917 sebelumnya.

Unit tempatan menambah berbanding peso Filipina kepada 6.50/6.51 daripada 6.53/6.54 semalam dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 229.7/230.0 daripada 230.7/231.1 sebelum itu.

-- BERNAMA