BERITA TERKINI   Piala FA: Selangor FC 2-1 Sabah FC (aggregat 4-3) | Piala FA: KL City FC 0-0 Perak FA (agregat 1-0) | Piala FA: DPMM 2-3 Terengganu FC | UMNO sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak demi kelangsungan perjuangan bangsa, agama - Mohamad | 

Pasaran Getah Terus Meningkat Berikutan Kebimbangan Mengenai Bekalan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Pasaran getah terus menunjukkan aliran menaik pada Rabu, menjejaki kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau yang disokong oleh penurunan bekalan Indonesia, sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai kekurangan bekalan. 

Peniaga berkata harga minyak mentah yang lebih kukuh turut menyokong sentimen. 

Ad Banner

“Bagaimanapun, peningkatan selanjutnya dihadkan oleh serangan di Asia Barat yang semakin meningkat yang mencetuskan semula kebimbangan mengenai inflasi dan kadar faedah,” katanya kepada Bernama. 

Menurut penyedia maklumat mengenai getah Qinrex, eksport getah asli Indonesia merosot sebanyak 21 peratus tahun ke tahun kepada 765,000 tan dalam tempoh tujuh bulan pertama 2026.

Bekalan terhad juga dijangka berlaku di Indonesia disebabkan oleh kebakaran hutan dan jerebu yang berterusan. 

Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat sebanyak 14 sen kepada 1,021.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal menambah sebanyak lima sen kepada 710.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA