Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Selasa.

Pada 9.26 pagi, kontrak September 2026 susut 8.5 mata kepada 1,678.50, Oktober 2026 rendah sembilan mata kepada 1,677.50 manakala Disember 2026 dan Mac 2027 masing-masing berkurangan 11.0 mata kepada 1,681.50 dan 1,666.00.

Jumlah dagangan sebanyak 2,140 manakala kepentingan terbuka berjumlah 39,868 kontrak.

Ad Banner

Pada 9.44 pagi, FBM KLCI menurun 2.38 mata kepada 1,712.41 daripada 1,714.79 semasa ditutup pada Isnin.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner