BERITA TERKINI   Liga Super: KRW FC 1-3 KL City FC | Liga Super : JDT 3-0 DPMM FC | 
Ad Banner

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Sejajar Dengan Pasaran Getah Serantau

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Sept  (Bernama) -- Pasaran getah ditutup bercampur-campur hari ini, sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, dengan sentimen pasaran disokong oleh harga minyak mentah yang lebih rendah dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Bagaimanapun, penurunan itu dihadkan oleh tanda-tanda pemulihan dalam industri perkhidmatan China, katanya.

Ad Banner

Beliau berkata Indeks Pengurus Pembelian (PMI) perkhidmatan China meningkat kepada 51.4 pada Ogos daripada 50.4 pada Julai, disokong oleh pesanan baharu dan pertumbuhan guna tenaga yang lebih kukuh, yang menunjukkan peningkatan sederhana dalam permintaan domestik.

"Penganalisis melihat penurunan pasaran baru-baru ini sebagai pembetulan dalam sentimen yang dipengaruhi oleh keadaan cuaca dan bukannya kemerosotan dalam asas pasaran, dengan permintaan hiliran dijangka kekal berdaya tahan," katanya.

Peniaga itu menambah China turut mengulangi fokusnya untuk meningkatkan permintaan domestik yang boleh menyokong aktiviti ekonomi dan penggunaan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) susut setengah sen kepada 954 sen sekilogram, manakala lateks pukal meningkat 1.0 sen kepada 688.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA