BERITA TERKINI   Tiga sekeluarga maut dalam kemalangan dua kenderaan di KM 90 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Dungun petang tadi - Polis | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Selasa.

Pada 9.16 pagi, kontrak September 2026 menurun lapan mata kepada 1,692.0, Oktober 2026 berkurangan 9.5 mata kepada 1,690.5 serta Disember 2026 dan Mac 2027, masing-masing merosot 10.5 mata kepada 1,695.0 dan 1,678.0.

Jumlah dagangan sebanyak 3,567 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 39,088 kontrak.

Ad Banner

Pada 9.38 pagi, FBM KLCI menurun 21.24 mata kepada 1,704.64 daripada 1,725.88 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner