Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi Menjejaki COMEX AS
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini menjejaki prestasi kukuh dalam niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
Pada penutup, kontrak semerta bulan Ogos 2026 meningkat kepada US$4,638.50 setiap auns troy daripada US$4,586.40 setiap auns troy pada Jumaat lepas, dan kontrak September 2026 mengukuh kepada US$4,654.70 setiap auns troy daripada US$4,602.90 setiap auns troy sebelumnya.
Kontrak Oktober dan November 2026 kedua-duanya meningkat kepada US$4,671.70 setiap auns troy daripada US$4,619.90 setiap auns troy, manakala kontrak Disember 2026 dan Februari 2027 mengukuh kepada US$4,679.50 setiap auns troy daripada US$4,627.70 setiap auns troy.
Jumlah dagangan melonjak kepada 392 lot daripada 254 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka menambah kepada 457 kontrak daripada 327 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,582.10 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 21 Ogos 2026.
-- BERNAMA