BERITA TERKINI   Persiapan sambutan Hari Kebangsaan kini capai 70 peratus - Fahmi | Hari Kebangsaan: Penyertaan pasukan Johor Military Force antara kelainan sambutan tahun ini - Fahmi | 

Kontrak Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis.

Kontrak Ogos 2026 and Mac 2027 naik lapan mata masing-masing kepada 1,738.5 dan 1,699.0, manakala September 2026 menambah 8.5 mata kepada 1,717.5 dan Disember 2026 menokok 6.5 mata kepada 1,717.0.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 7,230 lot daripada 10,065 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 46,315 kontrak daripada 46,972 kontrak sebelumnya.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI menokok 5.39 mata atau 0.31 peratus kepada 1,736.71 daripada paras penutup 1,731.32 pada Rabu.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner