BERITA TERKINI   Persiapan sambutan Hari Kebangsaan kini capai 70 peratus - Fahmi | Hari Kebangsaan: Penyertaan pasukan Johor Military Force antara kelainan sambutan tahun ini - Fahmi | 

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-campur, SMR 20 Naik

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, disokong kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau serta jangkaan bekalan bermusim yang lebih ketat, namun kenaikan dihadkan kebimbangan terhadap perkembangan geopolitik di Asia Barat, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut mendapat sokongan daripada kenaikan harga minyak mentah dan jangkaan bekalan yang lebih ketat apabila musim pengeluaran puncak getah di Asia Tenggara berakhir pada September.

Ad Banner

“Bekalan bermusim dijangka mengetat apabila musim pengeluaran puncak berakhir pada September,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pertumbuhan jualan kenderaan komersial elektrik global yang kukuh turut memberikan sokongan kepada prospek permintaan getah dalam jangka panjang.

Bagaimanapun, katanya kenaikan harga getah dihadkan oleh permintaan yang lebih lemah terhadap kenderaan tenaga baharu di China, ketidaktentuan geopolitik yang berterusan di Asia Barat serta pengukuhan ringgit berbanding dolar AS.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang, harga getah Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat 9.5 sen kepada 938.0 sen sekilogram (kg), manakala lateks pukal turun 3.5 sen kepada 680.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA