BERITA TERKINI   Dewan Rakyat lulus RUU Makanan (Pindaan) 2026 | Sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM yang terjejas jerebu akan laksana PdPR - KPM | Jerebu: Institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 150 selama tiga hari berturut-turut ditutup mulai 12 Okt - KPM | Semua institusi pendidikan bawah KPM di kawasan IPU melebihi 180 hendaklah ditutup bermula esok - KPM | RTS Link bukan ditangguh, perlu penilaian keselamatan dan kelulusan pihak berkuasa Malaysia-Singapura - Loke | 

Wong Yin Kee Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan Wasco Greenergy

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Wasco Greenergy Bhd, cabang tenaga boleh baharu Wasco Bhd, melantik Wong Yin Kee sebagai Pengarah Urusan Kumpulan berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Wong itu bagi melancarkan proses peralihan kuasa, tanggungjawab dan akauntabiliti daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lee Yee Chong.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, penyedia sistem tenaga boleh baharu itu berkata Lee, 57, memilih untuk bersara awal daripada jawatan CEO berkuat kuasa 31 Dis, 2026.

Ad Banner

Beliau menyertai kumpulan Wasco Bhd pada September 1995 dan memegang beberapa jawatan kepimpinan utama dalam kumpulan itu sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Lembaga pengarah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Lee atas kepimpinan serta sumbangannya kepada kumpulan sepanjang tempoh beliau memegang jawatan sebagai CEO.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner