BERITA TERKINI   Jerebu: Semua JPN, PPD diminta terus pantau keadaan dan ambil tindakan segera sekiranya perlu - Fadhlina | Jerebu: Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, KL, Putrajaya serta Rompin, Pahang ditutup esok - Fadhlina | Jerebu: Semua sekolah agama di bawah JAIS ditutup sepenuhnya mulai esok, sekolah Islam persendirian disarankan ikut ketetapan - Pengarah JAIS | Jerebu : Semua institusi pendidikan di bawah KPM seluruh Selangor ditutup sepenuhnya mulai esok - JPN Selangor | Kejuaraan Kelab ASEAN 2026/2027: JDT 6-0 PKR Svay Rieng FC | 

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Maritim Group Azmi Ahmad Direman Bantu Siasatan SPRM

KUALA LUMPUR, Aug 17 (Bernama) -- Alam Maritim Resources Bhd hari ini mengumumkan pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif kumpulannya Datuk Azmi Ahmad sedang direman bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penyedia perkhidmatan kepada industri minyak dan gas itu memaklumkan reman tersebut bertujuan untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan dan bukan disebabkan oleh sebarang salah laku.

"Lembaga pengarah telah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan kesinambungan operasi kumpulan dan akan membuat pengumuman selanjutnya sekiranya terdapat sebarang perkembangan penting," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Ad Banner

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner