BERITA TERKINI   Mesyuarat MKI hari ini ucap takziah kepada Tun Dr Mahathir, ahli keluarga atas pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah | Bangsa dan ummah perlu dididik bahawa keberanian bukan sekadar berani bersuara tetapi juga kesediaan mendengar - Sultan Nazrin Shah | Pelabuhan Klang kekal sebagai pelabuhan kontena ke-10 paling sibuk di dunia dalam ranking Lloyd’s List One Hundred Container Ports 2026, Pelabuhan Johor pada tempat ke-11 - Loke | Budaya syura dan adab perlu diperkukuh dalam keluarga, institusi pendidikan, organisasi, masjid dan pentadbiran - Sultan Nazrin Shah | Semua kelulusan bagi lesen dan permit bunkering akan dikendalikan oleh MOT mulai 1 Feb 2027 - Loke | 

Unit Gamuda Dapat Kontrak Projek Bateri Dan Solar RM1.64 Bilion Di Australia

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Gamuda Bhd di Australia, DT Infrastructure Pty Ltd (DTI) telah memperoleh dua kontrak kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) dengan gabungan nilai RM1.64 bilion membabitkan projek hibrid solar dan bateri di negara itu.

Syarikat itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata DT Infrastructure telah memeterai kontrak EPC dengan Ganymirra Solar Power Station Pty Ltd serta Majors Creek Solar Power Station Pty Ltd, masing-masing bernilai RM822.3 juta.

"DT Infrastructure akan menyampaikan perkhidmatan EPC untuk projek solar dan bateri hibrid Ganymirra dan Majors Creek, dua ladang solar yang terletak bersebelahan yang disatukan menjadi satu projek.

Ad Banner

"Skop projek merangkumi reka bentuk, perolehan, pembinaan, ujian dan pentauliahan ladang tenaga solar, sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) termasuk infrastruktur loji yang berkaitan," katanya.

Gamuda berkata kedua-dua kontrak itu akan berjalan selama dua tahun, bermula pada separuh kedua 2026 dan dijadualkan siap menjelang Januari 2029.

Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2027 sehingga ianya selesai.

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA