BERITA TERKINI   Piala ASEAN FIFA: Bangladesh 0-3 Malaysia | Pengarah filem terkenal Tan Sri L. Krishnan meninggal dunia pada usia 103 tahun di Chiang Mai pada Khamis: keluarga | SPRM akan serah notis pengisytiharan harta kepada Datuk Seri Saravanan, isteri dan tiga anaknya Isnin ini - KP SPRM | Tokoh perfileman negara Tan Sri L. Krishnan meninggal dunia semalam di Chiang Mai, Thailand pada usia 104 tahun - KPE FINAS | Malaysia tamatkan penantian 36 tahun raih emas acara regu berpasukan lelaki sepak takraw Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 | 

Blok Pembangkang Keluar Dewan Rakyat, Tidak Ambil Bahagian Penerangan Menteri Berhubung RCI TH

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar meninggalkan Dewan Rakyat hari ini dan tidak akan mengambil bahagian dalam sesi penerangan Menteri berkenaan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) melibatkan isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH).

Tindakan itu dibuat, selepas mereka tidak berpuas hati dengan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, yang meneruskan sesi penerangan tanpa kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Susulan itu, Johari membenarkan Ahli-ahli Parlimen pembangkang keluar daripada sidang itu dan mesyuarat diteruskan mengikut aturan yang ditetapkan.

Ad Banner

“Kalau siapa nak keluar, keluar. Kalau siapa nak tunggu, tunggu. Sebab rakyat sedang melihat anda. Baik, siapa yang rasa dia tak mahu bincang dan lihat ini bukan penting, sila keluar,” katanya sebelum meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan, meneruskan sesi penerangan.

Terdahulu, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengemukakan cadangan supaya persidangan khas itu ditangguhkan, susulan ketidakhadiran Anwar dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang masing-masing sedang dirawat akibat masalah kesihatan.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner