BERITA TERKINI   Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abdul Rahman Hamid meninggal dunia hari ini - Presiden PVRTM | Ewon Benedick kekal Presiden UPKO bagi penggal 2026-2029 | Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu. 

Kontrak Ogos 2026 melonjak 23 mata kepada 1,755, September 2026 menambah 21.5 mata kepada 1,732.5, Disember 2026 meningkat 18.5 mata kepada 1,733, dan Mac 2027 mengukuh 21 mata kepada 1,718.

Jumlah dagangan melonjak kepada 11,060 lot daripada 6,338 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka lebih tinggi pada 51,278 berbanding 45,621 sebelumnya. 

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 15.51 mata kepada 1,748.17, berbanding 1,732.66 ketika ditutup pada Selasa. 

-- BERNAMA 

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner