BERITA TERKINI   ⁠Syarikat guna AI perlu jadikan kepercayaan sebagai kelebihan daya saing, bukan sedar pematuhan - Teo | Strategi AI Malaysia perlu berpaksikan rakyat, bukan sekadar tertumpu kepada keupayaan pengkomputeran, produktiviti - Teo | Malaysia perlu jadi hab pembangunan AI serantau, bukan sekadar pengguna - Teo | Nahas helikopter FDS: Proses bedah siasat lima mangsa belum selesai setakat 5 petang ini - Pesuruhjaya Polis Sarawak | RCI TH: Bekas menteri akan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan Isnin depan - KP SPRM | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Didorong Kenaikan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau, harga minyak mentah penanda aras yang lebih kukuh serta penyusutan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut disokong keputusan China mengekalkan kadar pinjaman penanda aras, yang mencerminkan kestabilan dasar bagi menyokong pemulihan ekonomi negara itu.

Ad Banner

"Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh data ekonomi AS yang bercampur-campur, jangkaan bekalan getah asli yang mencukupi dari Thailand selaku pengeluar utama serta ketegangan geopolitik yang berlarutan di Asia Barat," katanya.

Beliau berkata harga minyak meningkat tiga peratus pada Isnin berikutan konflik AS-Iran yang semakin meruncing, mencetuskan kebimbangan terhadap gangguan bekalan minyak yang melalui Selat Hormuz.

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) meningkat 10.0 sen kepada 897 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik dua sen kepada 724 sen sekilogram.

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA