BERITA TERKINI   KKM akan berbincang dengan ATM bagi meneroka penggunaan asetnya untuk pemindahan pesakit kecemasan - Dzulkefly | Nahas helikopter : KKM nilai semula lokasi dan kaedah akses FDS, termasuk alternatif pengangkutan yang lebih selamat.- Dzulkefly | Nahas helikopter FDS: KKM akan menilai semula keseluruhan kerangka penyampaian perkhidmatan FDS di Sarawak - Dzulkefly | Perkhidmatan Medevac bagi kes kecemasan operasi FDS diteruskan melalui kerjasama KKM dan JBPM - Dzulkefly | Nahas helikopter: Semua operasi FDS di Sarawak ditangguhkan sementara - Dzulkefly | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis.

Kontrak Julai 2026 meningkat lapan mata kepada 1,727.5 mata manakala kontrak Ogos 2026 dan September 2026 masing-masing menokok tujuh mata kepada 1,728.5 mata dan 1,708.0 mata. Kontrak Disember 2026 meningkat 7.5 mata kepada 1,709.0 mata.

Jumlah dagangan susut sedikit kepada 6,517 lot berbanding 6,597 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 45,583 kontrak daripada 45,371 kontrak sebelumnya.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 8.43 mata atau 0.49 peratus kepada 1,722.19 mata berbanding 1,713.76 mata ketika ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner