BERITA TERKINI   RUU Statistik 2026 dijangka diwartakan hujung tahun ini, Jabatan Perangkaan Malaysia kini dikenali sebagai Jabatan Statistik selepas akta itu berkuat kuasa - Akmal Nasrullah | Kementerian Ekonomi unjur perbelanjaan pembangunan bagi 2027 sekitar RM58 bilion, 70 peratus daripada keseluruhan peruntukan disasarkan kepada pembangunan asas - Akmal Nasrullah | Malaysia perlu bangunkan sistem pengurusan bencana udara bersepadu - TPM Ahmad Zahid | 

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Tinggi Dipacu Permintaan China, Lonjakan Harga Minyak

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong permintaan fizikal yang lebih kukuh dari China serta kenaikan harga minyak mentah, meskipun prestasi niaga hadapan getah di pasaran serantau bercampur-campur, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut didorong oleh eksport tayar China yang berdaya tahan, penyusutan nilai ringgit berbanding dolar AS dan permintaan global yang berterusan terhadap sektor automotif.

Ad Banner

"Niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Isnin susulan permintaan fizikal yang kukuh dan prestasi eksport tayar China yang terus stabil, manakala kenaikan harga minyak turut menyokong pasaran.

"Harga minyak mentah melonjak berikutan serangan ketenteraan baharu AS ke atas Iran yang menimbulkan kebimbangan terhadap penghantaran minyak melalui Selat Hormuz," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kenaikan harga tenaga turut meningkatkan kos pengeluaran getah sintetik, sekali gus menjadikan getah asli lebih berdaya saing.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Ketika ini, harga minyak mentah Brent meningkat 2.99 peratus kepada US$78.28 setong.

Bagaimanapun, kenaikan pasaran dihadkan oleh ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat, yang mencetuskan kebimbangan terhadap inflasi serta meningkatkan jangkaan kenaikan lanjut kadar oleh bank-bank pusat utama dunia.

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) meningkat tujuh sen kepada 889.5 sen sekilogram, manakala harga lateks pukal kekal pada 729.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA