BERITA TERKINI   Jerebu: Semua JPN, PPD diminta terus pantau keadaan dan ambil tindakan segera sekiranya perlu - Fadhlina | Jerebu: Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, KL, Putrajaya serta Rompin, Pahang ditutup esok - Fadhlina | Jerebu: Semua sekolah agama di bawah JAIS ditutup sepenuhnya mulai esok, sekolah Islam persendirian disarankan ikut ketetapan - Pengarah JAIS | Jerebu : Semua institusi pendidikan di bawah KPM seluruh Selangor ditutup sepenuhnya mulai esok - JPN Selangor | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Permintaan Terhadap Aset Selamat

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu apabila pelabur beralih kepada aset selamat, walaupun prestasi yang lebih lemah dalam pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).

Pada penutup, kontrak semerta bulan Julai 2026 mengukuh kepada US$4,078.80 setiap auns troy daripada US$4,013.90 setiap auns troy ketika ditutup pada Rabu, Ogos 2026 naik kepada US$4,101.10 setiap auns troy daripada US$4,026.70 setiap auns troy semalam, September 2026 menokok kepada US$4,113.90 setiap auns troy daripada US$4,045.80 setiap auns troy.

Kontrak Oktober 2026 dan Disember 2026, kedua-duanya melonjak kepada US$4,133.00 setiap auns troy daripada US$4,045.80 setiap auns troy sebelumnya.

Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat kepada 181 lot daripada 160 lot, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 264 kontrak daripada 224 kontrak sebelumnya. 

Sementara itu, emas fizikal ditetapkan pada US$4,089.45 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 1 Julai, 2026. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner